#toodiadotmy :: Semua tentang belia ada di sini! Kami bukan sensasi tapi berinformasi.


Kajian: Anjing Boleh ‘Menghidu’ Kanser Payu Dara


 

Kajian terbaru mendapati bahawa anjing mempunyai kebolehan untuk mengesan kanser dengan ‘menghidunya’ daripada kain yang telah bersentuhan dengan payu dara wanita yang menghidapi penyakit itu.

Para penyelidik telah melatih dua ekor anjing German Shepherd selama 6 bulan dan haiwan tersebut kini menjadi agen pengesan kanser payu dara yang efisyen.

Menurut penyelidik, teknik baru ini amat mudah, tidak invasif dan boleh membantu negara-negara yang tidak mempunyai mammogram yang cukup untuk mengesan kanser.

3e9a985e00000578-4347304-image-m-47_1490392154104

German Shepherd menghidu sampel kanser – Sumber: www.dailymail.co.uk

“Di negara-negara berkenaan, terdapat pakar onkologi, pakar bedah, tetapi kawasan pedalaman selalunya kekurangan akses terhadap diagnostik,” kata Isabelle Fromantin, penyelidik yang mengetuai projek itu yang bergelar ‘Kdog’.

Dalam projek tersebut, kumpulan Fromantin telah mengumpul sampel daripada 31 orang pesakit kanser.

Sampel tersebut adalah serpihan balutan yang digunakan oleh semua pesakit berkenaan untuk membalut payu dara mereka.

Dengan bantuan Jacky Experton, seorang pakar anjing, pasukan penyelidik melatih German Shepherd bernama Thor dan Nykios untuk mengenal pasti kain yang sudah terkena kanser dengan kain biasa.

Dalam setiap eksperimen yang dijalankan, penyelidik hanya menggunakan 1 balutan daripada pesakit dan 3 balutan lain daripada wanita yang tidak menghidapi kanser.

Setiap balutan diletakkan dalam sebuah kotak yang mempunyai kon besar untuk memberi akses kepada Thor dan Nykios memasukkan hidung mereka ke dalamnya untuk menghidu.

Dalam pusingan eksperimen pertama, kedua-dua haiwan tersebut berjaya mengesan 28 daripada 31 balutan pesakit kanser, iaitu 90% kadar kejayaan.

Tetapi pada cubaan yang kedua, Thor dan Nykios mencatatkan kejayaan 100% apabila mereka duduk di hadapan kotak yang telah diletakkan sampel kanser itu dengan menekan hidung mereka lebih mendalam di kon tersebut.

Sumber: The Star

 

 

Artikel Berkaitan