#toodiadotmy :: Semua tentang belia ada di sini! Kami bukan sensasi tapi berinformasi.


Dua Calon Utama Pilihan Raya Perancis


 

Tidak lama lagi, Perancis akan mengadakan pilihan raya untuk melantik presiden baharu bagi tahun 2017 hingga 2022.

Perancis adalah salah satu dari 5 kuasa besar dunia dan pilihan raya ini akan menentukan masa depan keseluruhan Kesatuan Eropah (EU).

Negara tersebut mengamalkan sistem pilihan raya dua pusingan. Di dalam sistem ini, dua orang calon yang menerima undian tertinggi dalam pusingan pertama akan mara ke pusingan kedua.

Pusingan pertama bakal berlangsung pada 23 April 2017 diikuti pusingan kedua pada 7 Mei 2017.

Berdasarkan tinjauan pendapat terkini, calon presiden dari parti En Marche!, Emmanuel Macron dan Marine Le Pen, parti Front National meraih sokongan yang tertinggi.

Namun, Le Pen adalah ‘bintang utama’ dalam pilihan raya kali ini. Beliau adalah seorang populis dan dilihat sebagai Donald Trump versi Perancis.

Sama seperti presiden Amerika Syarikat ke-45 itu, Le Pen sering mempermainkan sentimen xenophobia, iaitu sifat takut atau benci yang melampau terhadap orang dari negara lain.

Sekiranya dipilih menjadi presiden, Le Pen berhasrat untuk mengehadkan kemasukan pendatang asing ke Perancis, terutamanya yang beragama Islam.

Beliau turut membangkitkan sentimen Islamofobia dengan melabel orang Islam sebagai ‘ancaman’ terhadap nilai-nilai sekular dan tatahidup Perancis.

Bukan itu sahaja, Le Pen juga menggelar wanita Muslim yang memakai burkini sebagai ‘Belphegor’ serta menyamakan penganut Islam yang solat secara terbuka dengan Nazi.

Untuk pengetahuan anda, ‘Belphegor’ adalah sejenis hantu yang memakai jubah hitam yang panjang.

Mengeluarkan Perancis daripada EU (Frexit) adalah rancangan utama beliau. Ini serupa dengan langkah yang diambil oleh Britain untuk keluar daripada kesatuan itu melalui referendum (pungutan suara) ‘Brexit’ bulan Jun tahun lepas.

Dengan kemenangan Trump yang tidak dijangka dalam pilihan raya presiden AS tahun lalu, Le Pen juga dilihat mempunyai peluang yang cerah untuk menjadi pemenang kali ini.

Bagi Emmanuel Macron pula, beliau adalah calon harapan yang berpotensi untuk menewaskan Le Pen. Antara agenda utama Macron adalah untuk mempertahankan nilai-nilai ‘Liberté, égalité, fraternité’ yang menjadi kebanggaan Perancis.

Beliau juga mempertahankan Islam dan tidak menganggap agama itu sebagai ancaman. Malah, Macron turut mempelawa orang Islam yang menetap di Amerika Syarikat untuk berhijrah ke Perancis.

Namun, rancangan itu tidak berjaya menarik perhatian kebanyakan masyarakat Muslim di negara itu. Bagi mereka, masalah diskriminasi terhadap Islam adalah disebabkan masalah sosioekonomi.

Lebih mengejutkan, mereka berpandangan bahawa Le Pen adalah calon yang mampu membawa perubahan menerusi ekonomi nasionalisnya.

Ini adalah kerana kekurangan keyakinan mereka dengan prinsip Macron yang setia dengan gagasan pasaran bebas, globalisasi dan Kesatuan Eropah.

Sumber: Malaysian Access

 

 

Artikel Berkaitan

70-494 700-505 300-135 642-980 640-875 70-411 1Z0-821 70-981 GCIH 200-125 70-247 210-451 210-260 1V0-601 642-997 220-901 500-007 350-018 70-412 VCS-273 010-151 70-331 400-051 2V0-641 IIA-CGAP M270-740 RCDD PMP CISA 642-998