#toodiadotmy :: Semua tentang belia ada di sini! Kami bukan sensasi tapi berinformasi.


Kenali Raja Vine


 

Zach King – Si Raja Vine

Zach King (27) adalah bintang Vine di Amerika yang  juga pembuat filem dan personaliti YouTube berpangkalan di Los Angeles. Zach sangat terkenal dengan “Magic Viner”  iaitu video digital yang diedit seolah-olah dia telah melakukan sihir. Zach mula memuat naik video pada YouTube pada tahun 2008 dan pada tahun 2013 dia mula muat naik video ke akaun sosial Vine.

Gambar petikan dari video Magic Zach

Gambar petikan dari video Magic Zach

Zach dibesarkan di Portland, Oregon berdarah campuran Cina, 1/4 Austria dan 1/4 keturunan Nicaragua. Zach membuat filem pertamanya ketika berumur 7 tahun dengan menggunakan kamera video di rumah.

Di usia 14 tahun, dia membeli peralatan video termasuk komputer Mac, kamera serta tripod dan mula membuat dan mengedit video.

Zach bukan sahaja kelihatan handsome malah, mempunyai kelulusan dari Universiti Biola dalam jurusan Pawagam dan Kesenian Media (Cinema & Media Arts) pada Disember 2012.

Koleksi video beliau amat menarik, kreatif dan Zach mempunyai peminat setia.

 

 

Adakah Zach King masih solo?

Ramai wanita tertanya-tanya adakah beliau masih solo? Apakah status Zach?

Sumber imej; Google

Jawapannya tidak! Zach telah berkahwin dengan rakan baiknya Rachel, pada 28 December 2014.

Aksi “Magic” dari Zach King yang sering meraih berjuta penonton di Youtube dan akaun Vine mahupun setiap akaun media sosialnya dan ini merupakan salah satu daripadanya.

Video Vine dari Youtube.

 

Artikel Berkaitan