#toodiadotmy :: Semua tentang belia ada di sini! Kami bukan sensasi tapi berinformasi.


Lapangan Terbang Tukar Nama Cristiano Ronaldo


 

Sebuah lapangan terbang di Portugal, Madeira, telah menukar nama lapangan terbang-nya atas penghargaan kepada Cristiano Ronaldo.

 cristiano-ronaldo-airport-main

Madeira adalah tempat di mana bintang Real Madrid dan Portugal ini membesar. Lapangan terbang itu menukar namanya kepada “Aeroporto Cristiano Ronaldo.”

_95383444_gettyimages-660076210

Namun, yang mencuri tumpuan pada majlis itu adalah tugu beliau.

Tugu beliau juga diumumkan pada majlis itu, tugu itu menunjukan Ronaldo sedang senyuman sinis, dan terus mendapat tumpuan ramai peminat di sosial media tidak menggemarinya.

“Perancangan ini sudah lama dan mereka pernah usulkan sejak awal tahun 2016 lagi. Ketika itu, ramai yang bersetuju dengan cadangan awal.” kata Presiden Portugal, Miguel Albuquerque.

Ronaldo menjadi simbol dan sumber inspirasi bagaimana seorang anak kecil yang hidup susah menjadi bintang dunia yang kaya raya.

Ronaldo turut merasa bangga kerana penghormatan tersebut. Sebelum ini di Madeira sudah ada Muzium Ronaldo, dan Hotel Ronaldo.

58dbb8fac46188953c8b4647

Ronaldo berkata: “Terima kasih di atas penghormatan ini. Melihat nama saya terpampang di lapangan terbang, adalah sesuatu yang istimewa.”

“Semua orang tahu saya sangat bangga dengan negara saya terutama sekali bandar kelahiran saya.”

“Terima kasih banyak-banyak kepada Presiden, Miguel Albuquerque kerana usaha beliau.”

“Kepada rakan semua, saya tidak pernah meminta pun perkara sebegini. Tetapi saya tidak mahu hipokrit, saya gembira dan berbangga.”

“Saya tahu ada beberapa orang tidak setuju dengan ini, ada sesetengah pula tidak gembira kerana tidak berada di sini untuk meraikan detik ini.”

 

 

Artikel Berkaitan