#toodiadotmy :: Semua tentang belia ada di sini! Kami bukan sensasi tapi berinformasi.


3 Cara Mudah Menguruskan Kewangan Peribadi


 

Bagi sesetengah daripada kita, pengurusan kewangan adalah suatu perkara yang sukar dan malas untuk difikirkan. Malah, kebolehan seseorang untuk menguruskan kewangan sedikit sebanyak dipengaruhi oleh psikologi, tabiat serta nilai individu tersebut.

Berikut merupakan tiga cara mudah yang boleh dijadikan panduan asas untuk pengurusan kewangan peribadi yang lebih baik.

  1. Berbelanja kurang daripada pendapatan

Anda perlu berbelanja kurang berbanding pendapatan supaya anda mempunyai wang tabungan yang kukuh untuk membolehkan anda bersiap sedia untuk menempuhi segala jenis kesulitan di masa hadapan.

Jika anda membelanjakan wang lebih daripada yang mampu, anda tidak akan berpeluang untuk menyediakan wang tabungan untuk simpanan malahan kemungkinan besar anda akan dilanda hutang. Dalam erti kata lain elakkan tabiat ‘biarkan papa asalkan bergaya’

man-holding-shopping-bags-in-mall-low-section-200142282-001-578f09e55f9b584d20abed2b

2. Sentiasa merancang untuk masa hadapan

Sumber kewangan yang kukuh dapat memastikan masa hadapan yang stabil dengan mengira kejadian yang tidak diingini boleh berlaku seperti kerosakan pada kereta atau mereka yang disayangi tiba-tiba jatuh sakit.

Mempunyai sumber kewangan yang kukuh akan sedikit sebanyak dapat membantu anda menghadapi masa–masa yang sukar seperti di atas. Selain itu, dengan mengasingkan sedikit wang untuk menghadapi persaraan membolehkan anda mempunyai sumber pendapatan apabila anda tidak lagi mampu untuk meneruskan pekerjaan.

8228977_orig

3. Mengambil inisiatif untuk menggandakan wang

Wang yang telah dilaburkan secara sah dapat menjana wang dalam kadar masa yang tertentu. Elakkan menyimpan semua simpanan anda di dalam bank dengan kadar keuntungan yang rendah, sebaliknya anda boleh melakukan perkara-perkara seperti yang berikut; melaburkan sebahagian wang gaji anda di dalam akaun pelaburan seperti Amanah Saham Bumputera (ASB) dan Amanah Saham Wawasan 2020 (ASW 2020) yang ada di Malaysia, memulakan sebuah perniagaan ataupun melanjutkan pelajaran untuk mendapatkan pekerjaan dengan pendapatan yang lebih baik.

fixed-deposit-money-double-scheme

Kesimpulannya, adalah penting untuk mempunyai pengurusan kewangan peribadi yang baik dengan berbelanja kurang daripada pendapatan dan sentiasa merancang untuk masa hadapan serta sentiasa mengambil inisiatif untuk menggandakan wang yang ada akan dapat memastikan individu tersebut mempunyai kehidupan yang lebih baik.

Sumber: lifehacker.com

Artikel Berkaitan

70-494 700-505 300-135 642-980 640-875 70-411 1Z0-821 70-981 GCIH 200-125 70-247 210-451 210-260 1V0-601 642-997 220-901 500-007 350-018 70-412 VCS-273 010-151 70-331 400-051 2V0-641 IIA-CGAP M270-740 RCDD PMP CISA 642-998