#toodiadotmy :: Semua tentang belia ada di sini! Kami bukan sensasi tapi berinformasi.


5 Tempat Terbaik untuk Berbasikal di Eropah


 

Mana tahu bila anda ada rezeki untuk melawat Eropah, cubalah merasai kelainan dengan menaiki basikal untuk jalan-jalan.

Eropah dan basikal sangat bertoleransi dengan sangat baik kerana dengan menyewa basikal ianya lebih murah berbanding berkenderaan. Malah, lawatan berbasikal telah menjadi alternatif yang popular selain bas.

Tetapi, di manakah tempat terbaik untuk berbasikal di Eropah?

Banyak bandar telah mengambil langkah untuk menggunakan basikal, satu trend yang dibantu oleh inisiatif EU untuk mengurangkan penggunaan kereta sebagai bentuk utama transit bandar.

Stockholm, Florence, Amsterdam, Copenhagen, Lucca, Salzburg, dan banyak bandar-bandar lain telah direka semula dengan membina  lorong basikal eksklusif untuk pengayuh basikal.

Berikut tempat yang terbaik untuk berbasikal di Eropah pilihan kami.

  1. BELGIUM

Jika anda seorang yang sukakan aktiviti lasak, jadi anda bolehlah mencuba  Tour de Flanders di Belgium dan anda boleh cuba untuk menerokai sekitar Flanders dengan sendiri. Belgium adalah sebuah negara mesra basikal, dan ia memberikan keseronokan untuk anda berbasikal di sana.

        2. SOUTHWEST IRELAND

Walaupun untuk menjelajah bersama basikal di keseluruhan kawasan Emerald Isles mengambil masa yang lama, tetapi tempat seperti Beara, Iveragh dan Dingle mungkin dapat melupakan tentang perjalanan yang lama itu kerana ia sangat berbaloi di mana anda dapat melihat kecantikan rupa bumi mereka. Sebenarnya, anda boleh memilih mana-mana jalan di rantau ini, (dan terdapat 200km jarak keseluruhan dari Galway ke Cork).

  1. PROVENCE, FRANCE

Jika anda berlepas dari Carpentras dengan berbasikal, anda akan dapat melihat dengan mudah pemandangan dan kampung-kampung sekitar – dan juga Mont Ventoux. Jalan sekitar Provence yang agak tenang dan kosong, dengan pemandangan bunga lavendar di sekitarnya, menjadikan rantau ini sebagai destinasi hebat untuk tunggangan desa kasual. Anda juga boleh mencuba makanan mereka di Provence kerana terdapat banyak makanan tempatan  untuk anda cuba.

  1. YORKSHIRE DALES, ENGLAND

Mengayuh dari lembah ke lembah boleh menjadi agak mencabar. Jalan yang agak curam dan tidak rata membuatkan pendakian ini memenatkan. Tetapi sebenarnya ia memberi pengalaman yang menyeronokan, tambah lagi apabila anda bersama rakan-rakan anda. Bonus di sini tentunya ialah anda dapat melihat pemandangan yang indah.

  1. ALPS PERANCIS

Pasti, Tour de France telah menjadikan Alps menjadi destinasi perlumbaan mereka, tetapi anda tidak perlu menjadi seorang profesional untuk menangani kawasan yang legenda ini. Setiap tahun, beribu-ribu amatur berduyun-duyun ke Alps untuk merentasi laluan yang sama. Sementara kita berrada di banjaran gunung Perancis, jangan kita lupa Pyrenees; mengelakkan jalan lembah utama dan anda akan menikmati kawasan perlumbaan yang serupa dengan Alps tetapi dengan lebih curam, dan pendakian yang lebih rendah.

Sumber:theadventurejunkies

 

Artikel Berkaitan

70-494 700-505 300-135 642-980 640-875 70-411 1Z0-821 70-981 GCIH 200-125 70-247 210-451 210-260 1V0-601 642-997 220-901 500-007 350-018 70-412 VCS-273 010-151 70-331 400-051 2V0-641 IIA-CGAP M270-740 RCDD PMP CISA 642-998