#toodiadotmy :: Semua tentang belia ada di sini! Kami bukan sensasi tapi berinformasi.


Manchester United Perlu Kalah Menentang Chelsea


 

 

Lagenda Manchester United, Gary Neville berpendapat Jose Mourinho harus korbankan Piala FA untuk layak ke Liga Juara-Juara.

United akan menentang Chelsea 3:45 pagi ini waktu Malaysia untuk perlawanan suku akhir Piala FA.

nintchdbpict000266125660-e1488637935884

Walaubagaimanapun, United yang sedang bergelut bersaing untuk 4 teratas ada 2 cara untuk ke Liga Juara-Juara musim hadapan – tamatkan liga pada kedudukan 4 teratas atau memenangi Liga Eropah.

Neville memberitahu Omnisport: “Ia bergantung kepada kepentingan Mourinho. Piala FA mungkin boleh menjadi pertandingan yang perlu dikorbankan United kerana mereka harus cuba untuk melayakan ke Liga Juara-Juara.

“Jelas sekali 2 caranya adalah Liga Eropah dan Liga Premier. Ia akan menjadi cabaran mental pada Isnin ini.

Ia sangat sesuai, pada saat ini, yang mereka perlu korbankan untuk tidak menyukarkan lagi kesesakan jadual.”

nintchdbpict0003070495041

“Saya fikirkan United mempunyai peluang pada permulaan musim,” kata Neville. “Tetapi apabila Diego Costa dan Eden Hazard bangkit dan mereka memperbetulkan masalah pertahanan dengan bek tiga, ketika itu saya sudah nampak, Chelsea yang dahulu sudah kembali.

Chelsea kini memiliki pasukan juara ataupun sedang membina sebuah pasukan juara. Mereka mungkin akan keciciran beberapa mata selepas ini kerana ada pemain yang mungkin berada di zon selesa.”

 

Artikel Berkaitan