#toodiadotmy :: Semua tentang belia ada di sini! Kami bukan sensasi tapi berinformasi.


Bayern Munich Menewaskan Arsenal Dengan Aggregate 10-2


 

skysports-wenger-arsene-arsenal_3905210

Arsenal pagi tadi tumpas di laman sendiri, Stadium Emirates kepada Bayern 1-5 dan aggregate jaringan adalah 10-2 berpihak kepadan Bayern.

Arsenal menjadi pasukan dengan rekod kekalahan aggregate paling teruk pasukan Inggeris dalam sejarah UCL.

Pada masa yang sama Wenger menyalahkan mutu pengadilan pada perlawanan itu, “Bayern boleh menjadi pasukan yang baik tetapi malam ini mereka juga mengucapkan terima kasih kepada keputusan pengadil.” kata Wenger. “Ia membuatkan saya rasa marah dan sangat kecewa … (pengadil) bunuh permainan.”

Wenger juga optimis bahawa pasukannya dalam keadaan yang baik walaupun dengan kekalahan aggregate 10-2.

theowalcott-cropped_qphkv8nuk86u1hoo352qefsir

Arsenal terdahuli membuka tirai jaringan melalui Theo Walcott pada minit ke-20.

skysports-laurent-koscielny-koscielny-koscielny-red-card_3905115

Namun pada minit ke-54, Arsenal perlu bermain dengan 10 orang pemain selepas Laurent Koscielny di layangkan kad merah selepas menerjah Robert Lewandowski yang seterusnya dihadiahkan sepakan penalti.

nintchdbpict000307287096

Selang 17 minit kemudian, Arjen Robben menambah 1 lagi gol untuk Bayern hasil daripada pressing di blok tinggi.

Diikuti oleh gol Douglas Costa menerusi aksi solo pada minit ke-78.

Arturo Vidal menambah derita Arsenal dengan gol ke-4 apabila melakukan chip menarik selepas menerima square pass daripada Costa pada minit ke-80.

Arturo Vidal memastikan kemenangan berpihak kepada Bayern selepas sekali lagi menjaringkan gol pada minit ke-85. Arsenal tewas 1-5 dan kemenangan aggregate 10-2 oleh Bayern.

nintchdbpict000307295763

nintchdbpict0003072887341

Sementara itu, Alexis Sanchez mencetuskan kontroversi dia masih mampu tersenyum ketika jaringan ke-5 tersebut. Beliau juga sempat melambai tangan ketikan ditukarkan seperti lambaian selamat tinggal daripadanya kepada Arsenal.

Artikel Berkaitan