#toodiadotmy :: Semua tentang belia ada di sini! Kami bukan sensasi tapi berinformasi.


Jerman: Kerajaan Cadang Untuk Memasang Tag Elektronik Pada Suspek Pengganas


 

Bagi menangani gejala terorisme dengan lebih berkesan, kerajaan Jerman bercadang untuk memasang tag elektronik kepada tubuh anggota pengganas atau mereka yang disyaki sebagai pengganas.

Cadangan ini tercetus berikutan tindakan pihak berkuasa yang membebaskan seorang suspek penyokong kumpulan militan IS, di mana ia menimbulkan kemarahan orang ramai.

Oleh itu, kabinet Jerman telah membawa cadangan untuk menjejaki/mengesan golongan yang berpotensi menjadi pengganas itu, dengan mendapatkan kelulusan undang-undang yang membolehkan “pemodenan asas sistem IT polis” bagi memperbaiki perkongsian maklumat.

Cadangan tersebut termasuk penggunaan pergelangan kaki untuk memantau sesiapa sahaja yang dilihat sebagai ancaman dan telah diletakkan di bawah pengawasan Pejabat Polis Jenayah Persekutuan.

Menurut Menteri Dalam Negeri, Thomas de Maiziere, tag elektronik itu akan membantu dalam “mengawal pergerakan mereka.”

“Pergelangan kaki adalah peranti yang penting bagi memudahkan pemantauan orang-orang yang merbahaya,” ujarnya.

Setakat ini, Perkhidmatan Keselamatan Jerman mempunyai senarai lebih daripada 550 orang muslim radikal yang pernah atau sedang menetap di negara itu, di mana golongan ini dianggap sebagai “ancaman terhadap keselamatan awam”

Walau bagaimanapun, jurucakap Kementerian Dalam Negeri, Johannes Dimroth enggan membuat spekulasi berkenaan berapa ramai suspek yang mungkin akan dipasang tag elektronik.

“Berapa ramai diantara mereka yang mungkin terkesan dengan langkah sebegitu pada masa akan datang adalah soalan yang sangat hipotetikal,” katanya.

Cadangan tersebut masih memerlukan kelulusan parlimen Jerman, kerana mungkin akan ada beberapa ahli parlimen (MP) yang tidak bersetuju dengan langkah untuk memantau orang-orang yang tidak disabitkan kesalahan jenayah.

Sumber: Independent UK

 

Artikel Berkaitan