#toodiadotmy :: Semua tentang belia ada di sini! Kami bukan sensasi tapi berinformasi.


WWF-Malaysia: “Jadilah Wira Ikan Jerung Pada Musim Perayaan Ini”


 

Fakta yang menyeramkan: Manusia membunuh lebih 100 juta jerung setiap tahun, terutamanya untuk sirip berharga mereka, dan ini sering dilakukan dengan cara yang paling kejam.

Oleh kerana sirip mereka lebih berharga daripada isi mereka sendiri, nelayan biasanya hanya akan memotong sirip jerung itu dan kemudian membuang mereka kembali ke dalam laut.

dead-grey-reef-shark

Bayangkan apa yang dilakukan itu ibarat membuang seseorang ke dalam laut dengan semua atau anggota badan yang dipotong, boleh kah anda hidup?

 Jerung tidak dapat berenang tanpa siripnya, oleh itu ia hanya akan sama ada mati kelaparan, dimakan hidup-hidup oleh ikan yang lain, atau tenggelam ke dasar laut untuk mati.

Pada bulan Januari 2016, WWF-Malaysia (WWF-M) melancarkan kempen My Fin My Life (MFML) untuk mengurangkan perdagangan dan penggunaan sirip jerung di Malaysia. Kempen ini telah dijalankan dalam tiga bandar-bandar utama – Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Kota Kinabalu.

Pada akhir kempen MFML pada 31 Dis lepas, seramai 55,000 orang telah berjanji untuk mengatakan TIDAK dengan sirip ikan jerung dan produk ikan jerung.

Secara umumnya, kempen itu mendapati bahawa rakyat Malaysia secara umumnya bersimpati dengan nasib-nasib ikan jerung itu, tetapi mereka masih belum bersedia untuk melakukan apa-apa untuk menyelamatkan jerung.

Menurut pengurus Seafood Lestari WWF-Malaysia, Chitra Dewi, sesetengah rakyat Malaysia menandatangani ikrar itu tetapi mendakwa mereka akan terus makan sup sirip ikan yu.

Untuk menyelamatkan ikan jerung, ia memerlukan semua orang untuk bergabung tenaga bagi menyampaikan kesan yang lebih besar dan ia merupakan satu inisiatif jangka panjang,” kata Pengarah Eksekutif WWF-M dan Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Dr Dionysius S.K. Sharma pada sidang akhbar baru-baru ini.

shark-fin s919333956212596705_p46_i2_w640

WWF-Malaysia juga mengubah slogan mereka daripada “Break the Bowl Challenge” kepada “Be a Shark Hero” untuk mendapatkan perhatian yang lebih menyeluruh daripada orang umum.

“Teori kami dalam perubahan ini ialah apabila jualan sirip ikan jerung ini berhenti, pembeliannya turut akan berhenti juga,” kata Dionysius.

Kempen MFML ini juga mendapat sambutan yang baik daripada kerajaan negeri Pulau Pinang dan Sabah, yang menganjurkan acara-acara awam seperti FINtastic Run dan dialog perniagaan di kedua-dua George Town dan Kota Kinabalu.

“Walaupun buat masa ini kita masih tidak boleh benar-benar mengubah cara pemikiran generasi orang-orang tua kita, tapi apa yang kita masih boleh lakukan adalah mendidik golongan muda untuk memberitahu ibu bapa mereka bahawa mereka tidak mahu makan sup sirip ikan jerung,” katanya.

Dengan sambutan Tahun Baru Cina bakal berlangsung tidak lama lagi, WWF-M mengingatkan rakyat Malaysia untuk menjadi seorang ‘Shark Hero’ dan mengelakkan sup sirip ikan jerung semasa musim perayaan nanti.

Sumber: star2

Artikel Berkaitan