#toodiadotmy :: Semua tentang belia ada di sini! Kami bukan sensasi tapi berinformasi.


Fesyen Lelaki: Bagaimana Untuk Bergaya Bersama Kasut Tanpa Stokin? Ini Caranya!


 

Di dalam dunia fesyen pada hari ini, gaya kasut tanpa stokin semakin menjadi trend. Gaya kasut tanpa stokin ini akan memberikan penampilan gaya moden yang berkeyakinan untuk anda yang berani.

Gaya ini tentunya sesuai bersama gaya pakaian yang kasual ataupun gaya yang santai. Jika ia tidak cukup untuk meyakinkan anda untuk mencuba gaya ini, fikirkannya sebagai sesuatu praktikal.

Mendedahkan pergelangan kaki anda dapat dijadikan gaya pakaian yang pelbagai. Apa yang anda perlu tahu ialah bagaimana untuk memakai kasut tanpa stokin dalam bergaya.

Bila Perlu Memakai Kasut Tanpa Stokin Ini?

sanssocks

Anda boleh gayakan kasut tanpa stokin ini di mana-mana sahaja, samada pergi makan malam, acara minum petang ataupun ke parti dan ia boleh diterima jika anda tertinggal stokin di rumah.

Gaya ini boleh digunakan untuk banyak kod pakaian termasuk smart kasual dan semi-formal.

Tetapi jika ia berkaitan dengan acara formal seperti bisnes dan pakaian yang formal, anda perlulah memakai stokin. Ini kerana  di majlis formal anda tidak memakai stokin mungkin ia kelihatan tidak sopan.

Pakaian Smart Kasual

Acara dan majlis-majlis yang memerlukan pakaian smart kasual  adalah satu peluang besar untuk anda melupakan memakai stokin.

Untuk jayakan gaya ini, anda hanya perlu mencari keseimbangan yang tepat antara digilap dan santai. Antarnya seperti kasut loafers, slip-ons, sneakers dan kasut but adalah pilihan kasut yang hebat untuk majlis-majlis smart kasual ini.

smart-casual

Pakaian Semi-Formal

Ketika memakai kasut tanpa stokin, ianya tidak pernah ok untuk majlis rasmi, ia boleh berfungsi untuk acara-acara semi-formal.

Yang penting ialah pastikan seluruh gaya pemakaian termasuk kasut anda sentiasa di dalam gaya yang kemas dan digilap. Oxford, brogues, derby dan loafers akan berfungsi sebagai kasut yang terbaik. Elakkan sneakers dan kasut but.

Mereka akan merosakkan gaya pakaian anda daripada kod pakaian semi-formal apabila anda tidak memakai stokin.

semi-formal

Sumber: thetrendspotter

Artikel Berkaitan

70-494 700-505 300-135 642-980 640-875 70-411 1Z0-821 70-981 GCIH 200-125 70-247 210-451 210-260 1V0-601 642-997 220-901 500-007 350-018 70-412 VCS-273 010-151 70-331 400-051 2V0-641 IIA-CGAP M270-740 RCDD PMP CISA 642-998