#toodiadotmy :: Semua tentang belia ada di sini! Kami bukan sensasi tapi berinformasi.


Resolusi Dandanan Diri 2017 Yang Semua Lelaki Perlu Ada


 

Masuk tahun baru ni, anda mesti dah ada resolusi untuk macam-macam perkara kan? Kami harap salah satu daripadanya ada termasuk penjagaan diri juga. Ya, sama ada anda suka atau tidak, penjagaan diri adalah sangat penting untuk hidup yang lebih sihat dan yakin.

Ini adalah 5 resolusi dandanan diri yang jika anda ikut, gerenti isteri makin sayang, peminat makin ramai (untuk yang belum berkahwin):

  1. Jangan syampu terlalu kerap

shampoo_main

Kita dah pun tahu yang syampu akan menyingkirkan minyak semula jadi yang dihasilkan oleh folikel rambut dan ini hanya akan membuat rambut kelihatan kusam dan lemah.

Tahun ini, apa yang anda boleh buat adalah dengan biasakan diri untuk syampu sekali seminggu, kemudian satu kali setiap dua minggu, lepas tu sekali sebulan, dan seterusnya.

  1. Melembapkan kulit anda lepas mandi

best_moisturizing_skin_products_for_men-image-1

Jika anda suka mandi dengan air panas, ia sebenarnya akan menghapuskan minyak semula jadi yang kulit anda hasilkan. Tambah-tambah bila anda gunakan sabun yang kasar, ia pastinya akan merosakkan lagi kulit anda.

Oleh itu, apabila kulit anda masih lembap, gunakan pelembap kegemaran anda unutk mengembalikan hidrasi yang hilang tadi. Untuk lebih tepat, lakukannya 10 minit selepas anda mandi.

  1. Floss dengan lebih kerap

493ss_thinkstock_rf_man_flossing_teeth

Jika anda ingin membuat gusi anda gembira dan sihat (dan mencegah pendarahan), anda perlu menghilangkan plak dan makanan terperangkap di antara gigi anda. Lagipun, dengan hanya memberus gigi tidak mencukupi.

  1. Berhenti sentuh muka anda

men-skincare

Pelik kenapa muka anda tak henti-henti naik jerawat? Ini semua kerana anda kerap sentuh muka dengan tangan anda yang ada entah berapa banyak bakteria yang ada dalam dunia ni. Oleh itu, semakin kurang anda sentuh muka anda, semakin kurang kemungkinan untuk muka anda naik jerawat.

  1. Pakai masker muka

face_masks

Tak pernah cuba pakai masker sebelum ni? Tahun ni lah anda patut cuba! Tak kesah jenis masker apa pun, ia boleh jadi masker biasa ataupun masker lumpur, asalkan ia boleh betul-betul masuk dan cuci pori-pori anda. Bukan sahaja ia akan menghidratkan kulit anda, malah juga mampu membuang toksin yang tersumbat.

Sumber: Very good light

Artikel Berkaitan