#toodiadotmy :: Semua tentang belia ada di sini! Kami bukan sensasi tapi berinformasi.


Erdogan: Kepimpinan Trump Adalah “Peluang Emas” Buat Turki


 

Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan telah memberi kenyataan yang mengejutkan mengenai masa depan hubungan diplomatik di antara Amerika Syarikat dan negara itu.

Menurut Erdogan, hubungan Ankara dan Washington cenderung untuk menjadi lebih baik selepas pelantikan rasmi Donald Trump sebagai presiden baharu AS pada 20 Januari nanti.

Erdogan berkata, beliau mengharapkan satu “konsensus” bersama jutawan hartanah itu bagi membolehkan kedua-dua belah pihak menyelesaikan “isu-isu serantau”.

Walaupun beliau tidak mendedahkan dengan lebih lanjut mengenai perkara itu, Erdogan difahamkan merujuk kepada peperangan di Syria dan sokongan AS terhadap kumpulan pejuang Kurdish yang menentang IS.

Hubungan diplomatik AS – Turki telah terjejas akibat konflik yang berterusan selama 6 tahun dan juga sokongan AS terhadap Kurdish People Protection Units (YPG), di mana Turki menganggap kumpulan itu sebahagian daripada kumpulan militan Kurdistan Workers’ Party (PKK).

“Saya percaya kita akan mengadakan dialog apabila Trump mengambil alih jawatan (presiden),” kata Erdogan.

Komen Erdogan dinyatakan semasa Menteri Luarnya, Mevlut Cavusoglu turut mengalu-alukan bakal presiden AS itu.

Menurut Cavusoglu, calon Republikan berkontroversi itu kemungkinan besar akan menyerahkan semula Fethullah Gulen ke Turki, seorang ulama yang didakwa menjadi dalang disebalik cubaan rampasan kuasa kerajaan di bawah kepimpinan Erdogan pada bulan Julai tahun lalu.

Walau bagaimanapun, Gulen yang tinggal dalam buangan di Pennsylvania sejak tahun 1999 pula menafikan penglibatannya di dalam cubaan rampasan kuasa tersebut.

Cavusoglu turut mempercayai bahawa Trump tidak akan mengulangi kesilapan yang sama seperti yang dilakukan di bawah pemerintahan Barack Obama berhubung Turki.

Selain itu, Turki menjangka Washington akan menghantar semula Gulen untuk menamatkan kerjasamanya bersama YPG, tetapi pegawai AS berkata, penyerahan semula Gulen berada di bawah bidang kuasa mahkamah dan prosesnya mungkin akan memakan masa bertahun-tahun.

Walau bagaimanapun setakat ini, polisi Trump terhadap YPG masih tidak jelas dan pada masa yang sama, pihak Barat akan kehilangan sekutu utama di dalam peperangan menentang IS sekiranya Trump menamatkan sokongan YPG, yang aktif dalam memerangi kumpulan pengganas itu di Syria.

Sumber: Independent UK

 

Artikel Berkaitan

70-494 700-505 300-135 642-980 640-875 70-411 1Z0-821 70-981 GCIH 200-125 70-247 210-451 210-260 1V0-601 642-997 220-901 500-007 350-018 70-412 VCS-273 010-151 70-331 400-051 2V0-641 IIA-CGAP M270-740 RCDD PMP CISA 642-998