#toodiadotmy :: Semua tentang belia ada di sini! Kami bukan sensasi tapi berinformasi.


Passengers: Titanic Di Angkasa?


 

Jangan terus salah faham dengan tajuk yang kami tulis itu, kerana cerita ini memang sangat sangat sangat berbeza dengan filem Titanic. Filem Titanic menggambarkan sebuah kisah tragedi bersejarah yang cukup menyayat hati sesiapa sahaja yang menontonya.

Filem Passangers, sebaliknya, menggambarkan perkara yang sama, tetapi dengan elemen yang lebih menyeronokkan dan pastinya akan menaikkan adrenalin anda. Ia turut menggambarkan apa itu sebenarnya rasa kesepian dan apa itu definisi pembunuhan yang sebenarnya.

      passengers-movie-jennifer-lawrence-chris-pratt-1050x700   f71d47d376308c10_passengers-dom-df-04255_r

Filem ini menampilkan dua bintang Hollywood yang paling hangat pada masa ini – Chris Pratt dan Jennifer Lawrence. Jim (Chris) dan Aurora (Jennifer) adalah antara manusia yang ‘larikan diri’ daripada kehidupan mereka di bumi untuk hidup di bumi lain.

Walau bagaimanapun, mereka telah bangun 90 tahun lebih awal daripada masa yang sepatutnya untuk tiba di planet baru mereka, Homestead II.

passengers-movie-images-lawrence-pratt-12

Tanpa sebarang cara untuk kembali ke dalam stasis di mana mereka sepatutnya berada, mereka terpaksa berhadapan dengan kematian di atas kapal yang kosong, tanpa mendapat peluang untuk melihat manusia lain.

Tetapi, masalah dan dilemma mereka bukanlah sampai di situ sahaja, mereka kemudian di landa lagi satu masalah yang besar apabila kapal yang mereka naiki itu mengalami masalah teknikal dan kegagalan enjin.

passengers-movie-review-2016-jennifer-lawrence-chris-pratt

Jadi, apa yang akan berlaku kepada mereka dalam masalah ini? Apakah langkah yang seterusnya akan mereka ambil untuk menyelamatkan diri mereka dalam bencana ini? Dapatkan jawapan anda dengan menonton filem ini di pawagam terdekat anda.

Artikel Berkaitan