#toodiadotmy :: Semua tentang belia ada di sini! Kami bukan sensasi tapi berinformasi.


Facebook Sekarang Akan Beritahu Anda Apabila Link Yang Anda Mahu Klik Sebenarnya Berita Palsu


 

Facebook adalah salah satu tempat di Internet di mana kebanyakan orang mendapatkan berita-berita terkini mereka, walaupun ianya sangat mudah, itu juga apa yang boleh menjadikannya bahaya.

Laman web ini juga malangnya telah menjadi lokasi pusat untuk orang-orang yang tidak bertanggungjawab untuk menyebarkan “berita palsu,” yang bertujuan untuk menipu rakyat dan mengaut keuntungan dari situ.

Kini, Facebook telah akhirnya mengumumkan rancangan mereka untuk menangani masalah berita palsu ini. Pertama sekali, mereka akan membuatkan ia lebih mudah untuk anda melaporkan apa-apa berita palsu, dan apabila anda ternampaknya di wall anda, anda boleh mengemukakan laporan itu kepada Facebook, mesej orang yang menyiarkannya, atau terus block poster itu daripada wall anda.

Bahagian ini yang sebenarnya akan membuatkan perubahan yang sangat besar kepada sistem baru mereka. Facebook mengumumkan bahawa mereka sedang bekerjasama dengan kumpulan pihak ketiga pemeriksa fakta.

Jika pemeriksa fakta itu mengatakan bahawa sesuatu cerita itu palsu, ia akan ditandakan sebagai “disputed” dan akan ada pautan yang menerangkan mengapa ia ditanda begitu.

independent-fact-checkers-will-now-flag-fake-news-on-your-feed

Ia juga mungkin akan berada di kawasan bawah wall anda, dan ia tidak boleh dijadikan sebagai post iklan. Dan apabila anda cuba untuk berkongsi cerita yang palsu itu, anda akan melihat satu mesej pop-up untuk memastikan sama ada anda benar-benar pasti untuk menyebarkan atau membukanya.

how-to-report-a-story-you-think-is-fake-news-on-facebook

Walaupun langkah Facebook untuk membuat sistem baru ini telah menerima keraguan daripada pelbagai pihak dengan cara mereka menilai sejauh mana palsunya sesuatu berita itu, Facebook telah menegaskan bahawa mereka akan fokus kepada cerita-cerita palsu seperti berita yang mengatakan seorang selebriti ini telah meninggal dunia walaupun sebenarnya mereka masih hidup.

Dasar-dasar ini hanya akan memberi tumpuan kepada laman web yang wujud untuk mengelirukan pengguna. “Kami tidak akan fokus kepada organisasi yang sah malah kami mencari laman web yang menyamar mereka adalah satu organisasi yang sah,” kata Adam Mosseri, naib presiden pembangunan produk Facebook. Jadi, apa-apa post yang berunsurkan pendapat adalah selamat daripada dasar ini.

Untuk penjelasan yang lebih lanjut, anda boleh tonton video di bawah:

Sumber: womansday

Artikel Berkaitan

Post Tags