#toodiadotmy :: Semua tentang belia ada di sini! Kami bukan sensasi tapi berinformasi.


Turki Dan Rusia: Hubungan Diplomatik Yang Rumit


 

Pada minggu lepas, dunia dikejutkan sekali lagi dengan serangan bermotifkan keganasan apabila duta Rusia ke Turki, Andrey Karlov ditembak sehingga mati ketika hendak memulakan ucapannya dalam merasmikan sebuah pameran fotografi.

Bagi segelintir pihak, pembunuhan ini disifatkan sebagai kejadian Sarajevo abad ke-21, membandingkan insiden tersebut dengan pembunuhan Archduke Ferdinand pada tahun 1914 sehingga menyebabkan Perang Dunia Pertama.

Namun buat masa ini, hubungan di antara Turki dan Rusia boleh dikatakan masih berada dalam keadaan yang baik walaupun pelbagai insiden yang berlaku boleh menjejaskan hubungan mereka dengan teruk.

Sebuah persidangan yang melibatkan Menteri Luar daripada Turki, Iran dan Rusia di Moscow telah dilaksanakan, di mana Rusia menyatakan mereka sudah merangka rancangan keamanan untuk negara Syria yang sedang bergolak.

Memetik laporan Sky News, tumpuan kini diberi terhadap memerangi ‘terorisme’, bukan pertukaran rejim. Sekiranya perkara ini benar, ia bermakna Turki telah beralih jauh daripada tuntutan jangka masa panjangnya yang menginginkan supaya presiden Bashar al-Assad turun.

Sepanjang perang saudara dan pemberontakan di Syria, Turki dan Rusia tidak berada pada pihak yang sama. Rusia menggesa bahawa menjatuhkan presiden al-Assad bukan cara penyelesaiannya.

Turki pula bersetuju dengan pihak Barat bahawa Assad adalah punca segala masalah di Syria. Kekejamannya terhadap penduduk Syria telah menyebabkan perang saudara selain daripada sikapnya yang tidak mahu menerima ideologi lain dalam pemerintahannya.

Hubungan Turki-Rusia berada pada tahap terendah pada November 2015 apabila Turki menembak sebuah jet pejuang Rusia berdekatan sempadan Syria. Rusia mengenakan penalti/sekatan terhadap Turki dan hubungan diplomatik mereka dibekukan buat sementara waktu.

Namun, hubungan mereka mula pulih apabila Rusia menjadi antara negara yang pertama untuk mengecam tindakan rampasan kuasa terhadap kerajaan yang dipimpin oleh presiden Recep Tayyip Erdogan.

Apabila Turki menyerang utara Syria untuk menangani ancaman Kurdish terhadap sempadan selatan, Rusia turut menyertai operasi tersebut. Kedua-dua negara itu turut bekerjasama sekali lagi ketika Turkey mengendalikan gencatan senjata bagi membolehkan pemindahan penduduk dilaksanakan di bandar Aleppo.

Jadi, adakah Turki sudah bersetuju dengan Rusia untuk membiarkan Assad kekal berkuasa di Syria? Tidak, tetapi sekurang-kurangnya, ini memberi ruang kepada Turki untuk melakar perjanjian terhadap Syria.

Sumber: Sky News

Artikel Berkaitan

70-494 700-505 300-135 642-980 640-875 70-411 1Z0-821 70-981 GCIH 200-125 70-247 210-451 210-260 1V0-601 642-997 220-901 500-007 350-018 70-412 VCS-273 010-151 70-331 400-051 2V0-641 IIA-CGAP M270-740 RCDD PMP CISA 642-998