#toodiadotmy :: Semua tentang belia ada di sini! Kami bukan sensasi tapi berinformasi.


Ini Bagaimana Garam Akan Menjadikan Anda Gemuk


 

 

Bolehkah anda percaya yang dengan hanya menaburkan sedikit bahan ini di makanan anda dan ia mungkin akan mengembangkan usus anda?

Dalam satu kajian di Australia, mereka yang suka makan pasta dengan sos yang masin sebenarnya telah mengambil sebanyak 11 peratus lebih banyak kalori berbanding mereka yang makan pasta versi yang kurang masin.

in-a-pickle-how-to-fix-overly-salty-food

Hal ini kerana, garam yang berlebihan boleh menyebabkan perasaan kenyang anda berkurangan dengan cepat, kata penulis kajian Russell Keast.

Tetapi walaupun memakan garam yang boleh memuaskan citarasa mungkin akan merangsang selera makan anda, ia mungkin akan mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan, terutamanya apabila anda sudahpun mempunyai isu-isu jantung lain.

salt-makes-you-fat

Terlalu banyak natrium boleh meningkatkan tekanan darah dalam badan seseorang lelaki yang mempunyai tekanan darah tinggi.

Tetapi dengan memakan makanan masin sekali-sekala untuk seorang lelaki yang sihat dan aktif dan sentiasa mematuhi diet yang seimbang, ia mungkin tidak akan mencederakan anda, kata penasihat kesihatan pemakanan Lelaki Alan Aragon, M.S.

Sumber: menshealth

Artikel Berkaitan