#toodiadotmy :: Semua tentang belia ada di sini! Kami bukan sensasi tapi berinformasi.


Mahu Keluar Dari Internet Untuk Selama-lamanya? Ini Caranya


 

Dengan semua perkara-perkara dan banyak isu yang berlaku di dalam internet, ia cukup untuk mempersoalkan sama ada kehidupan Internet adalah benar-benar berbaloi. Nasib baik, jika anda mahu menyingkirkan diri anda sendiri daripada dunia ini, terdapat satu penyelesaian yang akan membantu anda.

Beberapa orang pemaju di Sweden telah mencipta sebuah laman web yang boleh membantu anda untuk memadam kehadiran dalam talian anda dengan hanya beberapa langkah yang cukup mudah.

deseat-me

Apa yang perlu anda lakukan adalah pergi ke deseat.me, yang direka sebagai tempat untuk pengguna untuk “membersihkan” kehadiran mereka dalam internet. Perkhidmatan ini pada dasarnya membolehkan anda untuk melihat semua laman web yang anda telah daftar dan kemudian membuat keputusan sama ada anda mahu untuk memadam atau berhenti melanggan daripada mereka.

Walaupun mereka meminta alamat e-mel dan kata laluan anda supaya ia boleh mencari laman web yang anda telah gunakan, penciptanya, Wille Dahlbo dan Linus Unnebäck, mengatakan bahawa mereka mengambil privasi pengguna dengan sangat serius dan bahawa maklumat yang diberi tidak akan disimpan dalam server mereka.

gallery-1480460216-landscape-1480351782-gallery-1447233937-tech-cyber-crime-generic

Namun, website itu masih tidak dapat mengakses mana-mana email Gmail dan ia juga masih tidak dapat melakukan kerja yang sempurna dalam menyingkirkan anda secara konsisten di seluruh Internet, tetapi, ia masih mampu menghapuskan anda daripada bahaya laman-laman portal popular seperti Facebook dan Twitter.

Jika ini sebenarya yang anda sedang mencari untuk sekurang-kurangnya mengurangkan kehadiran dalam talian anda, laman web ini adalah sempurna untuk anda.

Sumber: Woman’sday

Artikel Berkaitan