#toodiadotmy :: Semua tentang belia ada di sini! Kami bukan sensasi tapi berinformasi.


Ini Cara Untuk Mengenal Pasti Jika Salad Anda Akan Memberi Anda Keracunan Makanan


 

 

Walaupun kita sudah sememangnya tahu dan biasa dengan khasiat yang boleh didapati dalam sayur-sayuran (dalam konteks ini salad), kita masih tidak dapat untuk memastikan sama ada sayur-sayuran itu bebas daripada apa-apa penyakit bawaan makanan.

Tetapi terima kasih kepada satu kajian baru ini, mereka telah menjelaskan satu cara yang mudah untuk mengenal pasti sekiranya salad yang anda beli itu terdapat apa-apa isu padanya.

salad2

Menurut The Guardian, penyelidik di University of Leicester mendapati bahawa jus yang terkeluar dari daun-daun salad, bayam, dan sayur-sayuran lain yang sudah rosak sebenarnya telah meningkatkan risiko kehadiran bakteria salmonella sebanyak 2400 kali ganda.

Bukan itu sahaja, daun-daun yang rosak serta jus yang dikeluarkan turut meningkatkan bisa kepada racun itu dan itu memudahkan lagi bakteria salmonella merebak dan menyebabkan jangkitan.

Ketua penyelidik di Jabatan Jangkitan, Kekebalan dan Keradangan universiti, Dr. Primrose Freestone, menjelaskan dalam satu kenyataan akhbar bahawa: ‘Jus-jus ini juga membantu salmonella untuk melekatkan diri mereka pada daun salad itu dengan begitu kuat sehingga walau dengan mencuci mereka dengan kuat sekalipun tidak dapat menghapuskan bakteria itu, dan juga membolehkan patogen untuk melekat pada bekas beg salad itu sendiri.’

160426_food_triple-washed-jpg-crop-promo-xlarge2

Pasukan ahli mikrobiologi juga mendapati bahawa salmonella boleh berkembang pada suhu penyejukan yang lebih rendah (39.2 darjah) daripada yang dipercayai sebelumnya (41.3 darjah). Selain itu, walaupun telah disimpan di dalam peti sejuk, beg salad yang terbuka akan membenarkan bakteria berkembang dengan lebih cepat daripada beg-beg salad yang ditutup dengan rapat.

Jadi apa yang anda boleh lakukan? Pertama sekali, anda perlu bijak dan beri perhatian kepada apa yang anda mahu beli. Cari satu beg salad di mana daun-daun mereka masih utuh.

Apabila anda membawa sayuran itu pulang, makanlah ia dengan segera. Jangan biarkan beg terbuka dalam peti sejuk terlalu lama atau ia akan mula membenarkan beberapa jenis penyakit yang tidak diingini membiak.

Sumber: goodhousekeeping

Artikel Berkaitan