#toodiadotmy :: Semua tentang belia ada di sini! Kami bukan sensasi tapi berinformasi.


Ini 5 Cara Bagaimana Berlari Akan Mempengaruhi Kawasan Sulit Anda


 

 

Badan anda mempunyai cara yang menakjubkan untuk menyesuaikan diri mereka dalam semua situasi, dan untuk lelaki ini termasuk untuk mengelakkan perkara-perkara buruk daripada berlaku kepada zakar dan buah zakar anda,” kata Jeffrey Thill, M.D., seorang pakar urologi yang berpangkalan di Orlando yang telah menamatkan lima jurusan marathon dunia.

Oleh itu, terdapat beberapa perkara yang pelari tegar perlu sedari:

  1. Berlari boleh menyebabkan zakar anda sakit

hot-sale-marathon-running-shorts-men-summer-style-surf-beach-teenis-shorts-gym-plus-size-l-5xl-4532

Kira-kira satu daripada setiap tujuh lelaki akan mengalami sakit testis disebabkan oleh varicocele – situasi dimana skrotum anda akan membesar dan mengalami urat yang tidak dapat berfungsi.

Varicoceles adalah genetik, dan jika anda mempunyainya, otot yang terlibat semasa anda berlari itu boleh menyebabkan aliran darah berhenti dan membesarkan varicocele, yang membawa kepada sakit yang bertambah.

Bagi mengelak daripada ini berlaku, pakai seluar pendek mampatan atau seluar pendek berlari biasa dengan liner yang akan menjaga “adik” anda dari sebarang tekanan.

  1. Terlalu banyak mampatan boleh menimbulkan masalah

runners-genitals

Walaupun ada beberapa perkara yang boleh membuat anda lebih selesa, memakai seluar pendek yang terlalu ketat atau sendat boleh menyekat aliran darah ke pangkal paha anda, yang boleh menyebabkan rasa sakit kepada testis anda.

  1. Berlari akan menguatkan ereksi anda

marathon-elite-man

Sesiapa yang kerap berlari – beberapa hari seminggu atau lebih – akan  meningkatkan aliran darah dan kesihatan jantung dan kerana kita semua tahu tujuan utama jantung anda adalah untuk mengepam darah ke zakar anda, oleh itu, menguatkan jantung anda juga akan meningkatkan ereksi anda.”

 

  1. Berlari juga boleh menguatkan sperma anda

asics-half-marathon-men-848-565

Satu kajian baru-baru ini mendapati lelaki yang suka berlari atau apa-apa senaman sederhana hingga bertenaga lain selama 15 jam atau lebih seminggu mempunyai kepekatan sperma sehingga 73 peratus lebih tinggi berbanding lelaki yang tidak aktif.

Kedua-dua Thill dan penulis kajian itu mengatakan bahawa melakukan senaman yang kerap akan meningkatkan tahap testosteron badan anda.

  1. Tetapi terlalu kerap berlari akan merisikokan sperma anda

marathon-elite-men

Terdapat bukti yang mengatakam lelaki yang berlari lebih daripada 67 batu atau lebih setiap minggu mungkin akan mengalami penurunan testosterone sebanyak 28 peratus, serta kualiti air mani yang lebih rendah.

 “Bagi lelaki yang sentiasa melakukan latihan marathon dan benar-benar berlari jauh setiap hari, mungkin ada beberapa kesan negatif kepada tekanan fizikal itu, termasuk testosteron yang lebih rendah dan fungsi seksual yang terjejas atau kesuburan.” Kata Kohler.

Sumber: Men’s Health Magazine

 

Artikel Berkaitan