#toodiadotmy :: Semua tentang belia ada di sini! Kami bukan sensasi tapi berinformasi.


Inilah Cara Untuk Menghadapi Mereka Yang Meragui Pilihan Anda Untuk Hidup Sihat


 

Pilihan anda untuk hidup secara sihat mungkin akan membuat sesetengah orang berasa bersalah dengan tabiat mereka sendiri (yang kurang cemerlang). Apabila anda mula memberitahu rancangan pemakanan anda kepada orang lain, pastikan anda tidak riak dan jangan mengharapkan apa-apa yang lebih daripada perbualan itu.

Jika anda menganggap semua orang akan bertindak balas secara negatif, anda mungkin sebenarnya hanya rasa defensif tetapi jika mereka betul-betul cuba ‘menyerang’ pilihan anda, berikut adalah cara Melissa Hartwig, Pakar Pemakanan sukan mengesyorkan untuk anda menjawab beberapa kritikan-kritikan itu:

  1. Jika seseorang berkata: “Saya takkan boleh diet macam awak – saya terlampau cintakan roti”

plantbaseddietdoctor-850x478

Fikir begini: Ini bukan satu kritikan, tetapi anda perlu tahu untuk mengendalikan komen itu dengan hati-hati

Orang itu mungkin hanya akan mencari alasan untuk terus makan makanan tersebut, jadi elakkan daripada kata apa-apa yang boleh dianggap sebagai kritikal, seperti bercakap tentang betapa mudahnya pelan pemakanan anda. Cuba untuk faham orang lain dengan mengakui bahawa ia juga akan menjadi agak sukar untuk anda lakukan (tetapi jangan sampai ter-demotivated diri sendiri pula.)

  1. Jika seseorang berkata: “Tapi awak tak perlu kurangkan berat badan pun”

quinoa-salad-10-grains-weight-loss

Fikir begini: Tidak kira apa sebab pun anda telah memulakan rancangan pemakanan anda itu, ini mungkin satu komen berniat baik daripada seseorang dengan harapan dapat meningkatkan lagi harga diri anda.

Orang ramai masih lagi menganggap bahawa rancangan pemakan yang sihat hanyalah hasrat seseorang itu untuk menurunkan berat badan. Terangkan mengapa anda membuat pilihan ini, contohnya untuk meningkatkan tenaga anda atau untuk mengenal pasti apa yang menyebabkan isu-isu masalah perut anda. Yakinkan orang itu yang anda masih akan makan kalori yang cukup, walaupun mereka datang dari sumber yang berbeza daripada apa yang mereka ambil.

  1. Jika seseorang berkata: “Habislah, berakhirlah kehidupan sosial awak lepas ni”

23healthy-slide-ijxf-jumbo-v3

Fikir begini: Walaupun anda sendiri sebenarnya risau dengan hal ini, ingat bahawa dengan sedikit penyelidikan tentang ini, anda akan survive.

Biarkan orang lain tahu yang pilihan anda untuk mengamalkan hidup sihat ini tidak akan membuatkan anda menjadi anti-sosial dan anda masih akan menikmati aktiviti sosial itu tanpa makan segala-galanya yang ada.

Sumber: Reader’s Digest

Artikel Berkaitan