#toodiadotmy :: Semua tentang belia ada di sini! Kami bukan sensasi tapi berinformasi.


4 Fakta Tentang Lagu-Lagu Inggeris Popular Yang Anda Tidak Tahu


 

Selalunya kita hanya akan dengar dan hadam sahaja lagu-lagu popular yang dipasang di radio. Tetapi, sebenarnya terdapat banyak cerita yang tersorok di sebalik kesemua lagu-lagu itu yang kita tidak tahu.

Kebanyakan lagu-lagu ini sebenarnya telah ditolak, ditulis untuk orang lain/oleh orang lain, atau mempunyai maksud yang tersorok pada liriknya.

Berikut adalah empat fakta tentang lagu popular inggeris yang kita tidak tahu:

  1. Lagu Guns N ‘Roses “Sweet Child o’ Mine” telah ditulis dalam masa lima minit.

guns-n-rosess-sweet-child-o-mine-was-written-in-five-minutes

“Sweet Child o ‘Mine” dari album debut Guns N’ Roses: “Appetite For Destruction”, adalah sebuah lagu rock yang sebenarnya hasil melawak daripada ahli-ahli kumpulan mereka sendiri.

Penyanyi utama mereka, Axl Rose telah menulis lirik dan selesai menggubah lagu itu dalam masa lima minit selepas mendengar bunyi gitar yang datang dari bilik sebelah.

“Sweet Child o ‘Mine” pernah duduk di tangga no 1 selama 24 minggu di carta billboard pada suatu ketika dahulu.


  1. Lagu Cee Lo Green “F— You” ditulis oleh Bruno Mars

cee-lo-greens-f-you-was-written-by-bruno-mars

Bruno Mars telah menulis banyak lagu-lagu hit, tetapi satu lagunya yang mungkin agak mengejutkan adalah Cee Lo “F— You.”

Menurut EW, lagu itu datang daripada usaha Bruno dan juga Cee Lo sendiri semasa rakaman. “Apabila Bruno pertama kali menyanyikan “F— You” kepada saya, saya agak ragu-ragu sama ada ia akan laku atau tidak,” kata Cee Lo.

Lagu ini terus menjadi salah satu hit besar, dengan mencapai tangga No. 7 di carta terbaik Billboard 2011.


  1. Lagu Kelly Clarkson “Since U Been Gone” telah ditolak oleh P!Nk dan hampir menjadi milik Hillary Duff.

kelly-clarksons-since-u-been-gone-was-turned-down-by-pnk-and-almost-went-to-hillary-duff

“Since U Been Gone” hampir menajadi milik dua artis yang sangat berbeza sebelum menjadi hak milik kekal Kelly Clarkson. Penulis Max Martin dan “Dr. Luke” Gottwald berkata kepada Blender bahawa mereka telah menulisnya untuk P!Nk, namun ditolaknya.

Hillary Duff juga hampir mendapatnya, tetapi tidak dapat mencapai kesemua pitching yang tinggi.

“Since U Been Gone” telah membuktikan bahawa Kelly Clarkson dilahirkan untuk menjadi seorang bintang pop, dengan lagunya berjaya meraih sebanyak 2.6 juta muat turun.


  1. Lagu Aerosmith “I Don’t Want To Miss A thing” pada asalnya ditulis untuk Celine Dion. 

aerosmiths-i-dont-want-to-miss-a-thing-was-originally-written-for-celine-dion

Filem terkenal “Armageddon” akan kedengaran sangat berbeza jika bukan disebabkan kuasa lagu balada Aerosmith “I don’t want to miss a thing”. Terutamanya jika ia menjadi milik artis asalnya… Celine Dion.

Disebabkan filem itu dibintangi oleh anak perempuan penyanyi Steven Tyler, kumpulan itu sememangnya mahu menulis sebuah lagu sebagai soundtracknya.

Namun, oleh kerana band itu kekurangan masa dan idea, mereka telah memilih lagu yang ditulis oleh Diane Warren untuk Celine Dion. “I Don’t Want To Miss A Thing” telah berajaya meraih tangga No. 1 di carta Billboard, dan telah dicalonkan untuk Oscar, dan menjadi salah satu hits terbesar Aerosmith.

Sumber: businessinsider

Artikel Berkaitan

70-494 700-505 300-135 642-980 640-875 70-411 1Z0-821 70-981 GCIH 200-125 70-247 210-451 210-260 1V0-601 642-997 220-901 500-007 350-018 70-412 VCS-273 010-151 70-331 400-051 2V0-641 IIA-CGAP M270-740 RCDD PMP CISA 642-998