#toodiadotmy :: Semua tentang belia ada di sini! Kami bukan sensasi tapi berinformasi.


Sembur Perfume Pada Pusat Anda Untuk Bau Yang Lebih Kekal Lama


 

Anda mungkin pernah dengar sebelum ini yang dengan menyembur perfume pada kawasan nadi adalah cara terbaik untuk membuat wangian kegemaran anda kekal lama – dan itulah sebabnya mengapa kebanyakan daripada kita akan menyembur perfume pada leher dan pergelangan tangan.

man-spraying-perfume

Ini semua terjadi disebabkan haba dari badan anda telah menghidupkan elemen-elemen yang ada dari tempat-tempat yang anda boleh berasa denyutan jantung anda dan haba ini akan menguatkan lagi bau minyak wangi anda.

Walaupun begitu,  anda perlu terima hakikat yang kadang-kadang trik itu tidak akan tahan sehingga ke penghujung hari.

Tapi, jangan putus asa dulu kerana mengikut kajian anda sebenarnya tertinggal untuk sembur tempat yang paling penting sekali dan ianya adalah pusat anda!

gallery-1477694713-landscape-1477588317-perfume-belly

Walaupun bunyinya agak pelik, ia sebenarnya betul dan menurut Huffington Post tips ini telah diakui oleh ramai pakar-pakar dan diamalkan oleh selebriti terkenal seperti pelakon Liv Tyler dan model Adriana Lima.

Mengapa ia berkesan? Ia sebenarnya berkesan dengan cara yang sama seperti tips sembur pada kawasan nadi itu tadi: “Mana-mana kawasan pada badan anda yang memancarkan haba akan meningkatkan bau, dan itulah apa yang pusat anda lakukan,” kata Steven Claisse, pencipta minyak wangi teratas di Takasago.

Jadi, sekarang anda sudah tahu yang jika dengan hanya menyembur perfume di leher dan pergelangan tangan anda tidak mencukupi untuk membuatnya lebih kekal lama, spray atau calit sedikit minyak wangi kegemaran anda itu pada pusat anda.

Sumber: Good Housekeeping

Artikel Berkaitan