#toodiadotmy :: Semua tentang belia ada di sini! Kami bukan sensasi tapi berinformasi.


4 Tabiat Untuk Mengelak Anda Berbelanja Secara Berlebihan


 

Kini ekonomi yang semakin tidak menentu telah sukar untuk ramai orang berjimat, dan semakin meningkat jumlah orang yang berjuang juga untuk mendapatkan lebih banyak duit , dengan kaji selidik baru-baru ini mendedahkan bahawa 69 peratus orang dewasa mempunyai kurang daripada RM 1000 dari simpanan di bank. Kaji selidik itu mendapati bahawa kita berada pada tahap yang rendah simpanan dan ia wujud di kalangan rakyat semua peringkat pendapatan, dan termasuk juga mereka yang berpendapaan tinggi.

Meneliti tabiat perbelanjaan Millennial khususnya, kajian baru mendapati bahawa membeli-belah adalah sebab utama bahawa orang-orang di bawah umur 34 bergelut untuk menjimatkan wang. Kajian yang telah diterbitkan dalam Journal of Accountancy, bercakap kepada 500 orang dewasa yang bekerja di antara umur 25 dan 34, mendapati bahawa lebih separuh daripada mereka yang ditinjau (55 peratus) merasakan bahawa tabiat ingin membeli sesuatu menjadi dorongan mereka untuk menabung bagi memenuhi matlamat.

images

Mengikut keadaan ekonomi sekarang, gaji yang rendah dan tahap hutang yang tinggi sudah tentu boleh menjadi halangan untuk kita menabung, tetapi apa yang penting adalah kita bijak membuat anggaran dalam membeli dan berpegang kepadanya. Wujudkan strategi penjimatan dengan cara berdisiplin pada awal hari akan dapat menghasilkan dividen besar pada masa jangka panjang.

 4  Tabiat Untuk Mengelak Anda Berbelanja Secara Berlebihan

  1. MERANCANG PEMBELIAN ANDA

Hand with Pen Writing a Shopping List in a Supermarket

Sebelum anda pergi membeli-belah, buat senarai barang yang diperlukan dan ikutinya. Untuk barang-barang yang harga lebih tinggi, buat senarai barang apa yang anda perlukan dan bahagikan wang jumlah yang tinggi itu siap-siap. Berfikir dahulu kepada perkara-perkara yang anda perlu untuk membeli dalam masa 3-12 masa bulan depan dan mula menyimpan simpanan wang untuk barang ini awal-awal.

  1. AMBIL MASA 48 JAM

03-saving-money-habits-wants-needs

Terdapat sesuatu yang anda benar-benar mahu membeli? Cuba ambil masa 48 jam untuk berfikir tentangnya sebelum anda membeli. Jika anda benar-benar mahu atau benar-benar memerlukan item itu, dan peluang untuk anda membeli barang itu kemungkinan pada penghujung tempoh masa anda membelinya tetapi dengan rasa puas hati. Jika ia adalah sesuatu yang anda tidak perlu, kemungkinan anda akan berasa lebih gembira dengan diri sendiri kerana tidak beli pada masa itu juga.

  1. JAUKAN DIRI DARI PERGI KE KEDAI

4_014_15_two_girls_are_watching_display_window

Tiada wang untuk berbelanja? Elakkan pergi ke pusat membeli-belah atau melayari mana-mana butik dalam talian. Oleh kerana ini, anda tidak akan terpengaruh dan tiada gerak hati untuk anda membelinya di saat wang tiada.

  1. FIKIRKAN TENTANG MASA DEPAN

blogqpot

Jika anda membeli barang itu sekarang, tapi bagaimana pada masa hadapan anda? Adakah ia masih berguna untuk tempoh masa yang panjang? Sebelum anda membeli, pastikan anda mengambil kira apa matlamat jangka panjang anda dan bagaimana dorongan pembelian ini boleh memberi kesan kepada matlamat sebenar anda. Adakah barangan itu berbaloi?

Sumber: M2Now

Artikel Berkaitan

Post Tags