#toodiadotmy :: Semua tentang belia ada di sini! Kami bukan sensasi tapi berinformasi.


Bagaimana Kerja Syif Akan Menjejaskan Kesihatan Anda


 

Pekerjaan syif adalah satu proses di mana satu kumpulan pekerja berganti dengan satu kumpulan pekerja lain di tempat kerja yang sama, dalam putaran 24 jam sehari.

Ia kebiasaannya terdapat dua atau tiga jadual syif, pada kitaran 8 jam atau 12 jam diselitkan dengan waktu berehat.

shift-work

Bagi mereka yang mengambil bahagian dalam pekerjaan syif ini perlu tahu akan kesan yang perlu mereka harungi, kerana hakikatnya mereka perlu bekerja di waktu rehat normal bagi seorang manusia, iaitu bermula dari pukul 9 pm hingga 5 am.

Apabila itu berlaku, ia akan mengganggu waktu berjaga normal manusia dan menyebabkan pekerja itu tertidur pada syif akan datang disebabkan tidak mendapat rehat yang secukupnya pada waktu tidurnya yang sepatutnya.

Badan kita memerlukan penyesuaian pada malam dan siang, jadi bekerja syif ini boleh menyebabkan tekanan dan keletihan kepada isu kesihatan mental – seperti gangguan ritma harian yang akan membuat pekerja menjadi perengus, cepat marah dan tidak dapat fokus dengan baik.

doctors-sleeping-in-a-corridor

Selain itu, keletihan yang dialami juga akan menyebabkan pekerja rasa kekurangan motivasi untuk melakukan aktiviti harian mereka.

Kadang-kadang, ia juga mungkin boleh menyebabkan pekerja kekurangan sistem imun dan ini akan mengundang masalah-masalah seperti rasa kembung dan gastrisis juga boleh berlaku.

Melainkan impak terhadap kesihatan, ia juga akan menjejaskan aktiviti sosial dan kekeluargaan pekerja kerana ia boleh menyebabkan pekerja tidak dapat menghadiri apa-apa majlis kekeluargaan, dan jika kedua-dua suam isteri bekerja syif yang berlainan turut akan menyumbang kepada hubungan yang renggang.

nurse-day-shift-vs-night-shift

Jadi, apa yang anda sebagai pekerja dan majikan boleh lakukan untuk mengurangkan atau malah menjamin supaya bekerja syif ini tidak akan memberi kesan yang teruk adalah:

  1. Rancang jadual yang lebih sesuai untuk bekerja pada waktu siang, petang dan malam, dan diikuti dengan cuti.
  2. Sentiasa bersikap konsisten dengan waktu tidur anda, dan pastikan anda dapat tidur yang berkualiti.
  3. Untuk meningkatkan system imun dan tahap kesihatan anda, teruskan bersenam, meluangkan masa dengan keluarga dan dapatkan bekalan nutrisi secukupnya.
  4. Kurangkan atau elak dari mengambil alcohol, kopi/teh, dan merokok.
  5. Jangan lupa untuk ‘servis’ diri anda untuk dapatkan tahap kesihatan dan performance yang optimum.

 

Sumber: mmgazette

Artikel Berkaitan