#toodiadotmy :: Semua tentang belia ada di sini! Kami bukan sensasi tapi berinformasi.


5 Langkah Untuk Berhenti Mengambil Pil Perancang


 

Sekiranya anda adalah seorang yang mengamalkan pengambilan pil perancang yang tegar, anda mungkin tahu perasaannya apabila anda mahu berhenti mengambil mereka.

Terutama sekali apabila pil itu membuatkan anda mengalami tempoh haid yang lebih singkat, period pain yang berkurangan dan juga kulit yang menawan.

“Setiap wanita akan mengalami pengalaman ketara yang berbeza apabila dia mahu berhenti mengambil pil tersebut,” kata Sara Twogood, M.D., penolong profesor obstetrik dan ginekologi klinikal di Keck School of Medicine di California.

Tetapi, tidak perlu risau kerana terdapat langkah-langkah selamat yang boleh diambil untuk membuat proses itu kurang menyakitkan:

1.Bincang dengan doktor anda

maxresdefault

Sebaik-baiknya, jumpa dengan doktor anda terutamanya jika anda bimbang tentang kesan sampingannya atau memerlukan borang alternatif kontrasepsi.

Jika anda mengambil pil itu semata-mata untuk mencegah kehamilan, maka anda mungkin tidak akan melihat banyak perubahan.

Tetapi jika kitaran biasa anda terdiri daripada masalah ovari yang teruk dan period yang tidak menentu, apa yang anda boleh lakukan adalah untuk sentiasa bersedia.

2. Bersedia

birth-control-pills633x319
Sekiranya period yang datang setelah anda berhenti mengambil pil itu sakit teruk, pastikan anda ada semua perkara yang diperlukan untuk memulihkan keadaan.

Muat turun aplikasi atau kalendar period agar anda bersedia untuk mengesan tanda-tanda PMS dan masa kitaran haid anda.

Dan jika anda memulakan Pill atas sebab-sebab dermatologi, pastikan bahawa anda mempunyai regimen penjagaan kulit yang baik bagi membantu mengurangkan apa-apa yang bakal muncul pada muka anda nanti.


3. Pastikan anda betul-betul berhenti mengambilnya

your-guide-to-going-off-the-pill

Sebaik-baiknya berhenti selepas anda habiskan satu kitaran daripada satu pek pil yang sedang digunakan, kata Sherry Ross, M.D., ob-gyn di Pusat Kesihatan Providence Saint John di California.

Tiba-tiba berhenti mengambil mereka di pertengahan pek boleh menyebabkan pendarahan yang tidak teratur, mengganggu kesan yang dibawa pil itu kepada kitaran haid anda.

4. Biarkan badan anda berfungsi seperti normal

birth-control-pills
Bagi sesetengah wanita, proses penyesuaian selepas berhenti mengambil pil boleh menjadi pengalaman yang sangat menggilakan – period yang berat , kekejangan yang menyakitkan, perubahan mood, dan jerawat.

Sebaliknya pula bagi anda yang mengalami ketegangan payudara, sakit kepala, loya, atau pendarahan yang teruk semasa mengambil pil perancang, kesan ini akan hilang serta merta selepas anda berhenti mengambil mereka.

Kitaran normal anda lazimnya akan kembali dalam masa satu atau dua bulan selepas berhenti mengambil pil perancang.

5. Sentiasa Alert dengan setiap perubahan

all-about-the-serious-side-effects-of-the-birth-control-pill-3
Selepas anda berhenti mengambil pil perancang, anda perlu tunggu dua atau tiga bulan untuk melihat apa yang akan berlaku pada kitaran haid anda.

Pada saat ini, badan anda akan kembali kepada sistem asalnya, tetapi jika sekiranya setelah tiga bulan dan anda masih tidak mendapat period yang tetap, jumpa doktor anda untuk memastikan hormon anda berfungsi seperti biasa.

Begitu juga dengan pendarahan yang tidak teratur atau berat atau sakit yang tidak boleh dikawal dengan apa-apa ubat-ubatan. Jika anda rasa ada sesuatu yang tidak kena dengan badan anda, jangan tunggu lama-lama dan terus jumpa doktor anda.

Sumber: womenshealthmag

Artikel Berkaitan

70-494 700-505 300-135 642-980 640-875 70-411 1Z0-821 70-981 GCIH 200-125 70-247 210-451 210-260 1V0-601 642-997 220-901 500-007 350-018 70-412 VCS-273 010-151 70-331 400-051 2V0-641 IIA-CGAP M270-740 RCDD PMP CISA 642-998