Gaya HidupKecantikan

Penggilap Kuku Tumpah! Macam Mana Nak Cuci Ni?

Penggemar penggilap kuku di luar sana yang mungkin belum ‘expert’ dengan penggunaannya mesti pernah alami sedikit atau mungkin satu botol penggilap kuku tumpah.

Tetapi, tidak bermakna kalau anda secara tidak sengaja menumpahkan penggilap kuku pada baju, meja atau rambut bermakna mereka tidak boleh lagi dipakai dan anda kena terus membuangnya.

Oleh itu, ini adalah beberapa cara untuk bersihkan kesan tumpahan itu daripada beberapa jenis permukaan:

1. Lantai Jubin

5b0fcbca9189d0bb9be0b3bb9068a07e
Jika penggilap kuku tertumpah di atas lantai jubin/lamina/vinil/karpet/ dan lain-lain, taburkan (dalam jumlah yang mencukupi) gula di atasnya.

Gula akan bertindak menyerap penggilap kuku itu dan selepas semuanya telah diserap, anda hanya perlu vakum atau sapu gula itu dan membuangnya.

2. Kayu

aid1941550-728px-get-nail-polish-off-just-about-any-surface-step-16
PERINGATAN: JANGAN MENGGUNAKAN PEMBERSIH PENGGILAP KUKU PADA KAYU.

Ia hanya merosakkan kemasan dan akan meninggalkan kesan baru dan mungkin yang lebih teruk padanya.

Sebaliknya, sembur sahaja kesan tumpah itu dengan hair spray, biarkan selama 20 saat, dan kemudian lap hingga bersih. Anda mungkin perlu mengulangi proses tersebut beberapa kali, tetapi ia jauh lebih baik daripada pembersih penggilap kuku.

3. Rambut

hair-loss-625_625x350_81465457046
Jika anda berada dalam keadaan tergesa-gesa dan akhirnya tidak sengaja tersapu penggilap kuku pada rambut anda, jangan risau kerana ada cara untuk atasinya.

Jika penggilap masih basah, anda hanya perlu sapu pembersih penggilap tanpa aseton pada rambut anda hingga bersih.

Jika ia sudah kering, gunakah conditioner atau minyak dan dengan perlahan-lahan sapu rambut anda sehingga bersih.

4. Fabrik

fabric
Pembersih penggilap boleh menjejaskan beberapa jenis pewarna dan fabrik (ia akan mencairkan acetate), jadi sebelum anda gunakannya, lakukan ujian terlebih dahulu.

Jika anda menggunakan pembersih itu pada kain anda, pastikan untuk terus basuh selepas itu.

Sekiranya pembersih penggilap kuku tidak dapat membantu, anda boleh cuba hair spray.

Dry clean baju anda juga biasanya lama-kelamaan boleh membersihkan kesan penggilap itu, jadi jika anda tidak boleh membersihkannya di rumah, anda boleh cuba di dobi berdekatan.

 

Show More

Related Articles

Back to top button