#toodiadotmy :: Semua tentang belia ada di sini! Kami bukan sensasi tapi berinformasi.


Rupanya Ini Sebab Mengapa Anda Akan Rasa Loya Bila Ambil Vitamin


 

Tugas utama vitamin adalah untuk menambah zat-zat yang kurang dan juga memberikan tenaga kepada anda.

Tetapi sebelum mereka menjalankan tugas itu, mungkin ada segelintir daripada anda yang akan rasa loya setelah mengambilnya.

Dan menurut Niket Sonpal, M.D., penolong profesor klinikal di Touro College of Osteopathic Medicine di New York, beliau telah mengatakan yang “Ia merupakan isu yang sangat biasa.”

Berikut adalah, empat sebab mengapa anda mungkin berasa loya selepas mengambi vitamin:

1. Anda mengambil vitamin dengan perut kosong

1930207318001_vitamin_nausea
Apabila mengambil Vitmain (tak kira apa jenis sekalipun) ia akan menyebabkan beberapa kerengsaan kecil dalam perut yang kosong.

Ia biasanya mengambil masa dua hingga tiga jam untuk vitamin masuk ke dalam usus dan bagi rasa loya dan kerengsaan itu untuk hilang.

Jika anda mengambil vitamin dengan perut yang penuh, anda akan dapat mengelakkan daripada perkara itu berlaku, kata Sonpal.

2. Anda mengambil vitamin yang menyebabkan kerengsaan

vitamins-help-hearing
Vitamin C, E, dan besi cenderung untuk menyebabkan iritasi yang lebih pada perut.

Jika multivitamin anda adalah tinggi dengan salah satu daripada tiga jenis itu dan menghadapi masalah perut, anda mungkin mahu mempertimbangkan untuk bertukar kepada formula yang lain.

Selain itu, anda juga akan rasa loya jika anda mengambil lebih vitamin dalam jumlah yang disyorkan setiap hari.

Anda sepatutnya mengambil 75 miligram vitamin C, 15 miligram vitamin E, dan 18 miligram zat besi, jadi pastikan anda berada dalam garis panduan ini melainkan jika doktor menyuruh yang sebaliknya.

3. Sistem pengambilan vitamin itu tidak sesuai untuk anda

vitamin-sandwich
Adakah vitamin yang anda ambil perlu dikunyah, dalam bentuk cecair, atau dalam bentuk kapsul bersalut?

Vitamin dalam kapsul bersalut biasanya membuat ia lambat membubarkan dengan cepat, dan ini boleh menyebabkan kerengsaan pada perut anda.

Jika anda mengambil vitamin yang kapsul bersalut dan masih berasa loya walaupun sudah makan, seeloknya anda periksa dengan doktor jika ada formula berbeza yang anda boleh ambil.

Jika kapsul bersalut tidak sesuai dengan anda, carilah vitamin yang boleh dikunyah atau jenis jelly.

4. Anda mengambil terlalu banyak vitamin larut lemak

too-many-vitamins
Vitamin A, D, E, dan K adalah antara vitamin larut lemak. Vitamin ini biasanya akan meninggalkan kesan dalam badan anda, dan apabila anda kerap mengambil mereka, ia akhirnya memudaratkan anda.

Jika ini berlaku, rasa loya yang anda lalui itu tidak akan hilang walaupun sudah beberapa jam berlalu.

Jika loya anda semakin kronik, segera jumpa doktor dan berhenti mengambil vitamin-vitamin itu dengan segera kerana ia boleh membahayakan.

Sumber: womenshealthmag

Artikel Berkaitan