#toodiadotmy :: Semua tentang belia ada di sini! Kami bukan sensasi tapi berinformasi.


Ini Bagaimana Untuk Pastikan Yang Avokado Anda Sudah Masak!


 

Avokado merupakan salah satu elemen yang sangat penting untuk membantu memastikan diet anda menjadi lebih efektif. Dengan kesemua manfaat yang ada pada buah itu, memang tidak hairanlah mengapa ia menjadi sangat terkenal dikalangan pengamal-pengamal gaya hidup sihat.

Walau bagaimanapun, satu perkara yang pasti ramai peminat avocado tahu adalah untuk mencari sebiji avocado yang masak pada tahap yang sempurna merupakan satu tugas yang amat sukar – satu terlalu keras dan satu lagi pula terlalu lembik.

Jadi, bagaimanakah caranya boleh anda pastikan yang avocado yang anda mahu beli itu sudah betul-betul masak?

Cher Loh, Ketua Chef di Sekolah Masakan Institut Good Housekeeping telah membongkarkan caranya!

Cara yang paling senang untuk mengetahui sama ada avocado itu sudah masak atau belum adalah untuk melihat penutup yang bersambung dengan tangkai buah itu sendiri!

img_5303
Apa yang anda perlu buat adalah dengan mencabut tangkainya dan lihat warna yang terbentuk di bawahnya. Jika ia berwarna hijau atau kuning, ini bermakna avocado anda sudah masak dan sedia untuk dimakan.

img_5304
Jika terdapat sedikit warna coklat di bawahnya, maka itu bermakna ada kemungkinan yang terdapat sedikit bahagian coklat dalam avocado anda, dan ini bermakna ia adalah terlebih masak.

img_5305

Jika tangkai buah itu tidak dapat dicabut dengan mudah, ini bermakna avocado anda masih belum betul-betul masak dan masih belum sedia untuk dimakan.

Mudah bukan cara ini? Jadi selepas ini anda boleh pastikan yang anda tidak akan tersalah beli lagi bila pergi shopping untuk makanan diet anda!

Artikel Berkaitan