#toodiadotmy :: Semua tentang belia ada di sini! Kami bukan sensasi tapi berinformasi.


6 Tips Bergaya Untuk Kelihatan Kurus Tanpa Bersenam


 

Ingin bergaya dan tampil KURUS,  disini kami ada beberapa tips untuk anda

Dalam ruangan fesyen kali ini kami akan memberikan anda beberapa tips untuk anda kelihatan kurus, tinggi dan bergaya tanpa perlu melakukan senaman atau berdiet.  Mudah sahaja!

  • Pakaian gelap

Pilih pakaian yang gelap. Untuk menampakkan kita lebih kurus, perbanyakkan baju yang berwarna gelap. Contohnya  warna HITAM. Warna hitam sangat membantu untuk kelihatan kurus dan lebih kemas.

black4

  • Warna baju dan warna seluar yang sedondon

Pastikan warna baju dan warna seluar anda sedondon. Jika anda memakai baju yang berwarna gelap, pastikan anda mengenakan warna yang gelap juga untuk seluar.

Pastikan jangan lari dari tema warna yang dapat menampakan anda seperti badut atau terlampau “try hard”.

Untuk kelihatan kurus, elakkan sama sekali memakai baju yang berwarna gelap tetapi memakai seluar yang berwarna cerah. Hal ini akan menjelaskan lagi saiz sebenar kaki anda.

Tetapi padanan warna seluar yang lebih gelap dan baju berwarna cerah turut membantu. Bagi untuk menampakkan anda lebih kurus dan lebih tinggi padankan dengan  warna baju dan seluar yang sama warna.

tumblr_n3ld92hx261rve87to1_500                                                                    img_9597

  • Saiz

Pilih saiz pakaian yang sesuai dengan saiz anda. Elakkan saiz yang terlampau ketat dan terlalu longgar. Ini kerana ia sangat memberi kesan kepada rupa bentuk badan anda.

  • Kasut bertumit dan muncung

Selain kelihatan bergaya, kasut yang bertumit dan muncung boleh nampakkan anda lebih kurus. Contoh design kasut seperti ini :

byrfd5-l-610x610-shoes-highheels-pointytoeheels-metallicshoes-silvershoes-edgy

High heels yang muncung ataupun kasut yang bertumit dan muncung juga membantu

feb8bd64059cbb057e0728721c79f2b5

Flat shoes muncung

  • Baju jalur ke atas

Selain itu, baju yang bercorak jalur ke atas juga dapat membantu anda dalam hal ini. Cuba cari baju yang bercorak jalur ke atas tetapi bukan corak yang melintang. Corak yang melintang akan menampakkan badan kita kelihatan lebih lebar.

Tetapi dengan baju corak jalur ke atas ini boleh menampakkan saiz badan kita lebih kecil sedikit dan juga tinggi.

schermafbeelding_2016-02-09_om_17-44-09_large

  • Aksesori yang besar

Anda juga boleh menambahkan aksesori untuk kelihatan lebih menarik. Untuk nampak anda lebih kecil dan kurus, anda boleh padankan dengan aksesori yang besar.

Contoh seperti beg tangan yang besar, gelang besar, anting-anting besar, cincin yang besar dan aksesori bersaiz besar yang lain . Pilih antara 2 atau 3 aksesori yang besar sahaja supaya nampak  kemas.

Semoga tips-tips ini dapat membantu anda untuk mendapatkan rupa bentuk yang anda mahukan!

 

Artikel Berkaitan