#toodiadotmy :: Semua tentang belia ada di sini! Kami bukan sensasi tapi berinformasi.


Berapa Kali Sepatutnya Anda Cuci Bra?


 

Jika anda mempunyai OCD, sudah semestinya “setiap kali lepas guna” akan menjadi jawapannya. Tetapi, bagi mereka yang tidak, mungkin boleh jadi selepas dua atau tiga kali pemakaian atau lebih teruk, sampai satu bulan baru cuci.

Jadi bila dan berapa kali sebenarnya patut anda cuci bra untuk memastikan ia kekal selesa dan tahan lama? Jawapan bagi semua soalan itu telah pun dijawab oleh ketua reka bentuk bra di sebuah syarikat bernama Ultimo.

  1. Berapa kali sepatutnya kita cuci bra?

ultra-low-cost-clothing-special-laundry-bag

Lebih elok untuk cuci bra anda sekali seminggu atau dua minggu, kerana jika dibiar lebih lama dari itu, bakteria akan mula berkumpul pada bra anda dan ini akan menimbulkan masalah kulit apabila ia bersentuhan dengan kulit anda. Oleh itu, ia patut dicuci dengan kerap untuk mengelak daripada berlakunya kerengsaan kulit.

  1. Cara apakah yang paling baik untuk mencuci bra?

hand-washing-101

Pakaian dalam dan bra merupakan pakaian yang sangat sensitif daripada pakaian yang lain, jadi mereka lebih sesuai dicuci dengan tangan untuk mengekalkan bentuk asal dan material mereka. Gunakan air suam kerana itu akan mengekalkan warna bra dan pakaian dalam anda.

  1. Bagaimana pula dengan bra atau pakaian dalam yang mempunyai lace atau perincian lain?

 tumblr_o0gdlcotis1qgwg3do1_500

Ianya penting untuk memastikan fabrik dan struktur asal pakaian itu dijaga apabila mencuci bra dengan tangan. Pakaian yang mempunyai lace atau diperbuat dari sutera/satin boleh rosak dengan mudah, jadi ianya penting untuk tidak menggosok mereka dengan kasar ketika mencuci.

  1. Macam mana patut saya keringkan mereka? Masuk dalam dryer boleh?

bra-washing-editedCara yang paling sesuai adalah dengan membiarkan ia kering sendiri dengan udara. Sangkut lah mereka pada penjemur kain. Mengeringkan mereka dengan dryer akan menyebabkan mereka mengecut, merosakkan fabrik, atau juga boleh menyebabkan underwirenya terkeluar.

  1. Apakah tips yang paling berguna untuk memanjangkan lagi jangka hayat bra kegemaran kami?

18ivth3wz5xvojpg

Pertama sekali, ianya penting untuk memakai bra yang muat dengan anda kerana ia boleh membuatkan ia lebih efektif dan tahan lama. Pastikan anda sentiasa mencuci mereka dengan tangan dan menggunakan air suam dan sabun yang bersesuaian.

Akhir sekali, walaupun ianya bra kegemaran anda, jangan pakai mereka setiap hari kerana itu akan menyebabkan fabriknya longgar dan tidak dapat bertahan dengan lebih lama.

Sumber: goodhousekeeping

Artikel Berkaitan