Gaya HidupKesihatan

3 Masalah Kesihatan Disebabkan Keadaan Tonsil Anda

Menurut Perpustakaan Perubatan Negara AS, tonsil adalah sebahagian daripada sistem limfa badan yang membantu melawan jangkitan.

Disebabkan ia terletak di bahagian belakang tekak, tonsil menjadi yang pertama dalam mempertahankan kuman daripada memasuki badan melalui hidung atau mulut.

Tetapi jika mereka bekerja terlalu keras, tonsil itu sendiri boleh dijangkiti, menyebabkan ia membengkak dan sakit, keadaan ini dipanggil tonsillitis.

Untuk pengetahuan anda, tonsil juga memainkan peranan dalam beberapa masalah kesihatan lain yang anda mungkin alami. Berikut adalah 3 isu-isu kesihatan menjengkelkan yang disebab olehnya.

1. Nafas berbau

Nafas berbau boleh terjadi disebabkan batu tonsil, yang juga dikenali sebagai tonsoliths. Batu tonsil wujud apabila serpihan yang terperangkap dalam tonsil mengeras.

Apabila di setiap sudut tonsil anda dipenuhi dengan bakteria, sel-sel mati dan lendir, ia akan menjadi tersumbat.

Bahan-bahan yang terperangkap itu kemudian akan membentuk serpihan, yang terkumpul dalam formasi putih di dalam poket tonsil anda dan menyebabkan nafas berbau.

2. Sakit apabila mahu menelan

Apabila batu tonsil menjadi lebih besar, mereka boleh membuat proses menelan menjadi pedih.

Apabila batu-batu tonsil itu menjadi keras seperti batu, mereka boleh bertindak sebagai satu elemen asing dalam badan asing menyebabkan ketidakselesaan yang dasyat

Jika anda mengalami masalah ini dan tidak mempunyai alahan atau jangkitan virus, sakit itu mungkin disebabkan oleh batu tonsil besar.

3. Berdengkur

Menurut Akademi Otolaryngology Amerika, pembesaran tonsil boleh menjadi punca kepada berdengkur. Apabila tonsil membesar, saiz yang besar itu akan mengganggu peredaran udara

Walaupun berdengkur mungkin menjengkelkan, ia tidak berbahaya melainkan jika ia disertai dengan apnea tidur, di mana badan akan kekurangan oksigen semasa tidur disebabkan saluran udara yang tersumbat itu.

Sumber: menshealth

Show More

Related Articles

Back to top button