#toodiadotmy :: Semua tentang belia ada di sini! Kami bukan sensasi tapi berinformasi.


4 Tips Fesyen Emergency Yang Semua Lelaki Perlu Tahu!


 

Sebagai lelaki, ada antara anda yang mungkin akan buntu jika anda terlupa untuk pakai tali pinggang setelah tiba di pejabat dan untuk patah balik dan redah kesesakan semata-mata untuk ambil tali pinggang memang tidak berbaloi.

Jadi, dari manakah patut anda cari ilham untuk menyelesaikan isu seperti ini? Inilah antara tips-tips emergency yang semua lelaki patut tahu dan amalkan dalam hidup mereka!

  • Alamak! Ada meeting dengan bos ni, kasut pulak kotor = Guna Kulit Pisang!

untitled

Situasi seperti ini sememangnya normal untuk berlaku pada kebanyakan lelaki. Benda yang paling mudah dan cepat yang anda boleh buat adalah dengan membersihkan kekotoran itu dengan menggunakan kulit pisang!

Hanya gosok belah dalam kulit pisang pada kasut dan lap dengan tisu kemudiannya.

Tapi ingat, ini hanya untuk kasut kulit.

  • Zip sweater pula tak nak tutup, macam mana ni?! = Guna pensil!

f

Situasi ni memang tidak terkata betapa menyakitkan hatinya kalau terjadi. Jadi, pergi cari sebatang pensil dan gosok mata pensil itu pada kawasan yang zip anda tersangkut dan ia akan pulih seperti biasa.

Tips ini juga berkesan untuk apa-apa item lain yang mempunyai zip!

  • Hah? Lupa pakai tali pinggang ke tadi?! = Guna tali kasut

ff

Bunyi semacamkan tips ni? Tapi yang mana lagi pelik, pakai seluar londeh atau pakai seluar yang sentiasa tersemat kemas di pinggang anda sepanjang masa dengan guna tali kasut? Pelik? Tapi ia tak seteruk yang disangkakan.

Hanya ambil tali kasut dan masukkan pada dua lubang seluar anda, ikat hingga kemas, kemudian soroknya dengan memakai jaket!

  • Tidak! Lengan kot/jaket saya terlalu pendek! = Guna Lengan Kemeja Anda!

fdd

Kemeja anda selalunya ada bahagian yang perlu dibutang di hujung sekali. Bagi memperbaiki situasi ini, anda hanya perlu membuka bahagian yang dibutang tadi dan biarkan ia terkeluar daripada lengan kot ada jaket anda. Ini akan membuat ia kelihatan lebih bergaya dan elegan.

 

Sumber: menshealth

Artikel Berkaitan