#toodiadotmy :: Semua tentang belia ada di sini! Kami bukan sensasi tapi berinformasi.


Bagaimana Untuk Memandu Dengan Selamat Bersama Anak-Anak Di Dalam Kereta


 

&anTidak kira betapa hebatnya anda rasa diri anda ketika memandu, anda perlu terima hakikat yang memandu bersama sekumpulan (atau seorang) kanak-kanak yang sangat teruja di tempat duduk belakang kereta adalah satu cabaran yang sangat besar!

Oleh itu, ikut kesemua tips-tips dari pakar keselamatan jalan raya ini untuk perjalanan yang lebih terjamin keselamtannya:

  1. Sekiranya anda mengikut terlalu rapat di belakang kereta di hadapan akan menghadkan masa yang anda untuk bertindak balas. Oleh itu tinggalkan ruang sekurang-kurangnya dua saat antara anda dan kenderaan di hadapan dan anda akan lebih berupaya untuk mengesan bahaya dan menjaga anak-anak anda selamat. Contohnya, Jika anda boleh membaca nombor plat kereta di hadapan ketika memandu, bermakna anda memandu terlalu dekat dengannya.

f5o4nip1dededlu0h4f6-5541940

 

  1. Pastikan anak-anak anda terkawal dengan memperkenalkan permainan yang mampu memberi ganjaran kepada tingkah laku yang tenang tanpa perlu penglibatan langsung dengan pemandu. Permainan game mudah alih atau pemain DVD dalam kereta akan membuat anak-anak duduk diam selama berjam-jam. Tetapi pastikan bunyi suara yang dipasang tidak akan mengganggu anda memandu.

services-3

 

  1. Jika anda merancang perjalanan yang panjang, pastikan anda merancangnya dengan teratur. Siapkan makanan dan minuman yang banyak untuk mengelakkan permintaan berterusan dari anak-anak.
    fdfcb866910cfb1b47aaabee5d52b11c

 

  1. Kerap berhenti di tempat rehat. Cari satu tempat yang membolehkan mereka untuk meluruskan kaki dan melepaskan rasa bosan, seperti R&R atau taman permainan.

rr2

  1. Pastikan anda sentiasa bawa beg plastik (tanpa lubang!) dalam perjalanan untuk kes-kes loya dalam perjalanan.
    09237-cover-plasticbag

 

  1. Seeloknya bawa seorang lagi orang dewasa untuk menjaga kanak-kanak, kerana ini akan membolehkan pemandu untuk menumpukan perhatian kepada perjalanan.

sb10063677a-012

  1. Jangan berpaling ke belakang untuk berurusan dengan anak-anak sekiranya anda masih memandu. Sebaliknya, cari tempat untuk berhenti dan barulah anda uruskan apa yang patut.
    driving-with-children-concern

 

 

Sumber: Good Housekeeping

Artikel Berkaitan