#toodiadotmy :: Semua tentang belia ada di sini! Kami bukan sensasi tapi berinformasi.


Cara Untuk Hentikan “Creasing” Daripada Berlaku Pada Eyeshadow Anda


 

creased-eyeshadow

Crease di sini bermaksud lipatan antara kelopak mata atas dan bawah anda. Kalau anda jenis yang kerja dari pagi hingga ke malam (atau petang), anda pasti mahu makeup anda kekal flawless sepanjang masa.

Tetapi, disebabkan kelopak mata kita yang sering mengeluarkan minyak yang terlalu banyak, ini boleh menyebabkan makeup mata anda untuk creasing. Pastikan yang perkara seperti ini tidak berlaku lagi kepada anda dengan tip-tip mudah di bawah:

 

  1. Jangan guna concealer atau foundation pada kelopak mata anda
    cb2c14975583a784df2ba7cde4c98ec35edd0c5c
    Ramai orang menggunakan foundation dan concealer pada kelopak mata mereka kerana mereka percaya ia akan membuatkan makeup mereka kelihatan sangat natural dan akan mengekalkan eyeshadow mereka. Walau bagaimanapun, foundation dan concealer mengandungi minyak dalam formulanya, dan ini membuatkan kelopak mata anda menjadi lebih berminyak daripada biasanya.

 

  1. Pilih primer yang bebas minyak
    img_8841
    Sebelum anda memakai eyeshadow anda, sapu keseluruhan kelopak mata anda dengan primer bebas minyak. Produk ini bukan sahaja membantu untuk mengurangkan minyak, tetapi juga mewujudkan permukaan yang lebih licin dan mengekalkan eyeshadow anda untuk lebih lama.
  1. Sapu press-powder
    silk-pressed-powder-swatch-500x500
    Dengan menggunakan lapisan yang nipis pada kelopak mata anda boleh membantu untuk membuat mereka kekal matte untuk masa yang lama. Sapukan press-powder dengan tangan yang ringan dan bina satu lapisan nipis jika anda mempunyai kelopak mata yang sangat berminyak.

 

  1. Jangan gunakan facial oil atau pelembap berminyak pada kelopak mata anda
    secretfacialoil
    Walaupun rutin penjagaan kulit anda penting, elak daripada menyapu facial oil atau pelembap yang mengandungi minyak pada kelopak mata anda kerana ini akan meningkatkan peluang untuk makeup hilang.

 

  1. Kekalkan eyeshadow anda dengan base tambahan
    milani-bella-eyes-gel-powder-eyeshadow-3
    Gunakan eyeshadow gel yang warnanya lebih kurang sama dengan eyeshadow yang anda ingin gunakan sebelum anda menggunakan eyeshadow sebenar yang anda mahu gunakan. Gel eye shadow mampu membuat eyeshadow anda kekal dengan lebih lama.

 

Sumber: goodhousekeeping

Artikel Berkaitan