#toodiadotmy :: Semua tentang belia ada di sini! Kami bukan sensasi tapi berinformasi.


Debat Terhangat Antara Clinton dan Trump


 

Debat untuk merebut peluang menjadi pemimpin White House bermula pagi tadi (pada waktu tempatan Malaysia) merupakan debat presiden yang paling ditonton dalam sejarah Amerika Syarikat dengan hampir 100 juta tontonan di seluruh dunia.

Debat di antara calon Parti Republikan, Donald Trump dan Parti Demokrat, Hillary Clinton, telah disiarkan secara langsung dari Hofstra University, New York.

Topik pertama yang dipilih sebagai permulaan debat tersebut ialah tentang mewujudkan peluang pekerjaan dengan persoalan bagaimana calon Presiden ini akan mengembalikan pengilang Amerika untuk melakukan produksi di Amerika Syarikat yang menyebabkan perdebatan hangat apabila mereka berbincang tentang perjanjian perdagangan NAFTA (The North American Free Trade Agreement) – sebuah perjanjian antara tiga negara iaitu Kanda, Mexico dan Amerika Syarikat yang mula berkuatkuasa pada Januari 1994.

Apabila mereka sedang rancak berdebat tentang “Mencapai Kemakmuran”, Trump telah mencemoh Clinton kerana mengeja di laman webnya tentang bagaimana dia akan melawan ISIL.

“Sekurang-kurangnya saya mempunyai perancangan,” balas Clinton.

Kedua-dua calon Presiden itu juga telah bertengkar tentang isu yang telah menjadi belenggu utama kempen kedua-dua parti iaitu Trump dengan keengganan beliau untuk melepaskan pulangan cukai manakala Clinton pula mempunyai kontroversi ke atas penggunaan pelayan e-mel peribadi beliau sebagai Setiausaha Negara.

Beralih kepada topik kedua ialah tentang ‘halatuju Amerika’, dan bagaimana untuk menyembuhkan jurang perkauman di Amerika.

Clinton telah mencetuskan kehangatan apabila berkata Trump mempunyai sejarah panjang berkaitan tingkahlaku rasis dengan membangkitkan kisah lampau syarikat keluarga Trump yang pernah disaman oleh jabatan keadilan kerana diskriminasi kaum pada tahun 1973 apabila Trump tidak mahu menyewakan pangsapuri miliknya kepada orang Amerika berketurunan Afrika.

Trump telah membalas kenyataan Clinton dengan berkata tindakan undang-undang tersebut telah diselesaikan “tanpa pengakuan bersalah”.

Topik ketiga debat tersebut ialah tentang “Mengamankan Amerika” di mana Trump menyuarakan pendapatnya bahawa “kita seharusnya mengambil hasil minyak semasa Perang Iraq kerana jika itu telah dilakukan, pihak ISIL tidak akan terbentuk akibat ketiadaan sumber kewangan hingga menyebabkan penaklukan di Syria dan Iraq.”

59604e20cb77486893daa59d1e397334_18

Kedua-dua calon menutup perdebatan presiden pertama itu dengan mengatakan mereka akan menerima keputusan sekiranya kemenangan berpihak kepada calon lain.

Universiti Quinnipiac telah mengisytiharkan perdebatan itu sengit dengan pungutan suara yang telah memihak kepada Clinton sebanyak 47% manakala Trump mendapat 46%.

Debat Calon Presiden Amerika Syarikat ini akan berlangsung dua kali lagi pada bulan Oktober iaitu pada 9 dan 19 Oktober 2016.

Sumber: AlJazeera

Artikel Berkaitan