#toodiadotmy :: Semua tentang belia ada di sini! Kami bukan sensasi tapi berinformasi.


Jangan Berhenti Makan Keju Kerana Ia Boleh Buat Anda Lebih Sihat!


 

Apabila anda memulakan diet, salah satu perkara pertama yang anda mungkin memikirkan ialah untuk berhenti makan keju. Lagipun, ia penuh dengan lemak dan kalori, jadi naluri anda adalah untuk menjauhinya sehinggalah anda capai matlamat berat badan ideal anda.

Tetapi jika anda fikir tentang kesihatan secara keseluruhannya, satu kajian baru diterbitkan dalam American Journal of Clinical Nutrition menunjukkan bahawa dengan memakan keju penuh lemak sebenarnya boleh membantu jantung anda.

cheese-cheese

Penyelidik dari University of Copenhagen di Denmark mengkaji 139 orang dewasa untuk tempoh selama 12 minggu. Satu kumpulan makan 80 gram keju tinggi lemak setiap hari, satu kumpulan lagi makan 80 gram keju kurang lemak, dan kumpulan ketiga pula tidak mengambil keju, tetapi sebaliknya memakan 90 gram roti dan jem setiap hari. Mereka kemudian diukur dengan tahap kolesterol HDL (atau “baik”) dan kolesterol LDL (atau “buruk”).

Keputusan daripada penyelidikan ini pastinya akan membuat semua peminat nombor satu keju di muka bumi ini menjerit kegembiraan.

Mereka mendapati bahawa perubahan dalam paras kolesterol “buruk” tidak jauh berbeza antara mereka yang mengambil keju biasa atau keju kurang lemak.

Mereka juga tidak jauh beza dengan mereka yang mengambil keju lemak biasa atau yang tidak mengambil keju sama sekali.

Selain itu, tahap kolesterol “baik” cenderung untuk menjadi lebih tinggi di kalangan mereka yang makan keju penuh lemak berbanding mereka yang tidak makan keju sama sekali.

Di samping itu, faktor kesihatan yang lain seperti insulin, glukosa, trigliserida, tekanan darah, dan lilitan pinggang tidak berbeza dengan ketara antara ketiga-tiga kumpulan.

cheddar-cheese

Salah satu perkara yang perlu anda titik beratkan sebelum anda pergi membeli keju adalah: Kajian yang telah dijalankan ini sebahagiannya dibiayai oleh syarikat pengeluar tenusu, jadi ia mungkin telah berat sebelah untuk membuktikan bahawa keju itu adalah baik untuk anda.

Seterusnya, kajian ini juga hanya dilakukan pada sebilangan peserta yang kecil dan hanya diukur kesan sementaranya dan bukan kesan jangka panjang terhadap perubahan diet.

Oleh yang demikian, jika anda mahu percaya fakta baru ini, terpulang kepada anda kerana ia ternyata tidak akan merugikan anda sama sekali!

Terdapat juga beberapa kajian lain  yang membuktikan bahawa keju mampu meningkatkan kesihatan hati dan metabolisme anda.

Pakar-Pakar pemakanan memberitahu  bahawa keju adalah sumber protein, kalsium, dan vitamin D yang baik, selagi anda tahu cara untuk menikmati mereka dengan berhati-hati.

Sumber: womansday

Artikel Berkaitan