#toodiadotmy :: Semua tentang belia ada di sini! Kami bukan sensasi tapi berinformasi.


Anda Mudah Ketagih Dengan Makanan? Ini Penjelasannya


 

Mengapa sesetengah orang sentiasa mengidam untuk mengambil makanan tertentu, walaupun mereka sudah tahu bahawa ianya  sebenarnya boleh membahayakan nyawa. Ketagihan biasanya berlaku kerana keterbiasaan.

Berikut adalah beberapa definisi untuk ketagihan:

  • Tidak tahu cara untuk menghadkan diri kepada memakan makanan yang diingini
  • Keinginan berterusan untuk makanan
  • Tidak dapat mengawal kelakuan di hadapan makanan yang dikehendaki
  • Tidak mampu mengenal pasti masalah kesihatan dan tingkah laku yang berkaitan dengan pengambilan makanan yang berlebihan dan tindak balas emosi yang tidak rasional apabila tidak dapat memakan makanan yang dikehendaki.

Semuanya bermula dengan rasa dan perasa

640_2015_06_17_15_55_11_4

Mereka yang mempunyai ketagihan ini biasanya hanya disebabkan mereka menggemari rasa makanan itu. Terdapat juga orang-orang yang entah bagaimana boleh ketagih dengan makanan yang mereka benci dan ini jelas adalah salah satu masalah mental yang tidak normal.

Sebagai contoh, durian adalah buah yang sama ada anda benci atau sangat suka. Jadi, untuk menyiasat bagaimana manusia memilih makanan mereka mungkin menjadi asas yang baik untuk memahami bagaimana ketagihan makanan boleh berlaku.


Makanan yang bagi mereka “wajib” dimakan

18iw0mtc7ojc4jpg1

Hampir semua orang mempunyai makanan kegemaran yang sukar untuk mereka tolak apabila ditawarkan. Contoh terdekat untuk hal ini adalah janin. Janin dalam rahim boleh mengesan beberapa makanan yang dimakan oleh ibunya. Oleh itu, sesetengah bayi selepas dilahirkan sudah boleh mengesan rasa tertentu yang dimakan oleh ibu-ibu mereka – mereka akan cepat bertindak balas apabila terbau makanan seperti bawang putih dan jintan manis.

Walau bagaimanapun, ini tidak bermakna bahawa bayi itu akan membangunkan rasa yang kuat untuk makan makanan ini di kemudian harinya kerana bukan semua pilihan makanan orang dewasa akan menimbulkan perasaan yang sama kepada bayi dan secara umumnya, semakin mereka membesar, kebanyakan manusia menjadi lebih sensitif terhadap makanan apa yang mereka pilih untuk makan.

Keinginan yang tinggi untuk makanan tertentu

130628091303-obesity-fat-man-bench-fried-chicken-story-top
Terdapat beberapa orang yang tidak dapat mengawal keinginan mereka untuk makan makanan kegemaran mereka. Selalunya, keinginan melampau ini akan dikaitkan dengan gula, lemak atau makanan masin dan biasanya ia adalah makanan yang mempunyai pelbagai jenis rasa. Satu contoh klasik ialah coklat, yang menggabungkan banyak gula dan lemak.

Dan semua ini terjadi disebabkan satu perkara. Jika kita boleh mengabaikan aspek-aspek psikologi, ketagihan biasanya merupakan hasil daripada beberapa bentuk ketidakseimbangan kimia dalam badan, yang memaksa seseorang untuk mempunyai keinginan terhadap makanan yang melebihi had yang munasabah. Keinginan ini boleh memaksa penagih untuk melakukan perkara-perkara yang akan menjadi luar biasa daripada karakter asal mereka.


Makan sampai mati

eat-till-you-pop-drink-till-you-drop

Walau bagaimanapun, penagih makanan ini sebenarnya mampu mengabaikan daripada terus mengidam makanan-makanan yang dikatakan “wajib” dimakan itu kerana mereka tahu akan akibat yang akan berlaku sekiranya mereka teruskan habit ini. Biasanya akibat yang dimaksudkan adalah berkaitan dengan isu-isu kesihatan atau ketidakselesaan melampau dan juga masalah lain seperti kewangan dan beban emosi. Pendek kata, tabiat penagih yang serius seperti ini bukan sahaja boleh memberikan kesan kepada diri mereka, tetapi juga pada orang lain yang ada dalam hidup mereka ketika itu.

Sumber: http://www.star2.com/

Artikel Berkaitan