#toodiadotmy :: Semua tentang belia ada di sini! Kami bukan sensasi tapi berinformasi.


Apa? Ada Dadah Yang Boleh Tukar Anda Jadi Zombie?!


 

Baru-baru ini, kita digemparkan dengan berita tentang seorang pelajar berumur 19 tahun, Austin Harrouff di Universiti Florida, telah menikam sepasang suami isteri hingga mati di rumah mereka dan kemudian bertindak menggigit muka mangsa lelaki itu. Pelajar tersebut dikatakan mendengus seperti binatang apabila polis cuba untuk menahannya semasa serangan tersebut.

austin-zombie-flakka-drug-eats-face-55256025-3f3e-4fe4-90e1-951dd2de0806

Austin Harrouff

Pihak berkuasa percaya Harrouff ketika itu sedang berada di bawah pengaruh  dadah flakka – yang boleh menyebabkan paranoia dan psikosis. Ia lebih dikenali sebagai garam tab mandi atau batu kelikir.

Dadah ini juga pernah dikaitkan dengan satu kes di Miami 4 tahun lalu, di mana lelaki yang dikatakan ketika itu sedang khayal dengan dadah ini telah menggigit muka mangsanya dan menyerang orang lain dengan kekuatan yang luar biasa. Ubat buatan manusia yang dihasilkan di China ini telah memasuki Amerika Syarikat hanya beberapa tahun yang lalu.

Jadi apakah sebenarnya dadah flakka ini?

flakka-looks-similar-to-bath-salts-or-spices-you-would-use-in-cooking-but-it-is-incredibly-dangerous-and-when-vaporized-extremely-potent
Nama farmaseutikal untuk dadah ini adalah Pyrrolidinopentiophenone/ PVP/ alpha-PVP. Ia merupakan satu sebatian kimia yang asalnya disintesis dalam tahun 1960-an dan kini diklasifikasikan sebagai “garam mandian generasi kedua.”

Dadah ini datang dalam bentuk kristal putih atau merah jambu yang berbau sangat busuk. Menurut National Institute on Drug Abuse, anda boleh menghisapnya, memakannya, menyuntik atau juga mengambilnya dengan vape.

Seperti garam mandi, bahan itu dibungkus dalam beg plastik atau botol dan dilabelkan “bukan untuk kegunaan manusia” atau “makanan tumbuhan.” Anda boleh membelinya dengan harga yang sangat murah.

Apakah kesan dadah ini kepada penggunanya?

dea-moves-to-permanently-ban-flakka-the-drug-that-turned-south-florida-into-naked-paranoid-lunatics-1457455581

Seperti garam mandi, flakka menyerupai kesan kokain dan methaphetamine. Itulah sebabnya ia telah menjadi begitu popular di pelajar universiti kerana ia 10 kali ganda lebih kuat kesannya daripada kokain.

Flakka boleh menaikkan suhu badan anda hingga 104 darjah dan anda patut tahu yang suhu badan yang sangat tinggi boleh membawa kesan buruk.

Ia boleh membawa kepada kerosakan buah pinggang atau kegagalan buah pinggang, dan juga kematian. Dadah sintetik ini juga boleh meningkatkan tekanan darah anda, yang boleh menyebabkan serangan jantung, strok, aneurisme, atau kegagalan jantung, menurut Klinik Mayo.

Apakah kesan sampingan yang akan anda rasa?

c_scalefl_progressiveq_80w_800

Orang yang menggunakan flakka akan pada mulanya mengalami rasa euphoria, sangat pandai bergaul, terangsang, lebih fokus dan mempunyai tarikan seks yang meningkat. Tetapi kesan itu hanya tahan buat seketika, dan ini membuatkan penggunanya mahu terus mengambil mereka.

Semakin kuat mereka menyalahgunakan dadah ini, mereka akan mula rasa kesan sampingan negatif. Pengguna Flakka kemudiannya akan alami halusinasi, paranoia, peningkatan kekuatan dan hyperstimulation.

Jantung anda akan berdegup dengan sangat laju, anda akan mempunyai serangan panik, nafsu seks yang menjunam, anda juga boleh menjadi tertekan dan mahu bertindak untuk membunuh diri.

Jika anda vape dadah ini, ia akan membuat anda rasa kesan-kesan ini jauh lebih cepat daripada mana-mana kaedah lain kerana ia akan masuk terus ke dalam aliran darah anda.

Dadah ini sudah dilabel oleh The Texas Poison Center Network sebagai “amat berbahaya” kerana ia adalah murah dan sangat mudah untuk anda menjadi ketagoh dengannya. Dadah ini kini telah diharamkan di United Kingdom, dan juga di negara-negara lain termasuk Perancis, Jerman, Ireland dan Sweden.

Kesimpulannya, jika anda mungkin terjumpa atau ada orang mahu jual dadah ini kepada anda, jangan sesekali anda terpengaruh dengan kata-kata manis mereka, kerana anda tahu apa kesannya jika anda ambil walau sedikit pun dadah ini.

Sumber: TheSun, Rollingstone

Artikel Berkaitan