#toodiadotmy :: Semua tentang belia ada di sini! Kami bukan sensasi tapi berinformasi.


Susah Nak Cuci Kuali Yang Dah Berkerak Itu? Guna Cara DIY Yang Mudah Ini!


 

Jika anda minat memasak, anda pasti tahu yang kerja-kerja membasuh segala perkakas dapur itu selepas selesai memasak bukanlah satu perkara yang mudah.

Kadang-kadang, walaupun anda sebenarnya pandai memasak jenis makanan yang sukar sekalipun, anda tetap memilih untuk memasak makanan yang mudah semata-mata untuk lari daripada perlu membersihkan semua kuali dan periuk yang dah berkerak itu.

cleaning-pans-1

Jika anda bertuah, anda mungkin boleh tinggalkan kerja membasuh ini kepada orang lain. Tetapi bagaimana pula dengan nasib mereka?

Mungkin perkara yang paling bagus yang mereka mampu buat adalah dengan membiarkan periuk dan kuali yang berkerak itu direndam dengan air di dalamnya buat seketika (Trik yang mungkin anda sendiri selalu guna) – dan ia masih tidak mampu untuk membersihkan mereka dengan betul.

Tapi, dengan cara yang mudah ini, pasti akan mengubah nasib anda daripada perlu mensental segala periuk dan kuali itu untuk seumur hidup anda!

Apa yang anda perlukan adalah, kain kapas! Kain kapas atau juga dikenali sebagai dryer sheets ini merupakan pelapik kering atau kain kapas yang biasanya digunakan untuk membasuh pakaian – dan kini, juga boleh digunakan untuk kegunaan dapur.

54ffb0aeb475e-ghk-dryer-sheets-de

Apa yang perlu lakukan adalah dengan mengisi kuali atau periuk anda yang kotor itu dengan air suam dan sedikit sabun basuh pinggan. Kemudian, masukkan sekali beberapa helai kain kapas itu dan  tunggu untuk satu jam, dan siap!

home-hacks-spring-cleaning-today-150420-baking-sheet-02_2c3eb95d453e24019598cd202bbc7fd3-today-inline-large

Semua kotoran yang ada itu akan menjadi lebih lembut dan mudah untuk anda menyentalnya dengan usaha yang minimum. Jika anda tidak mahu menggunakan periuk atau kuali itu dengan segera, anda boleh membiarkannya untuk semalaman dan ia akan menjadi lebih mudah untuk dibersihkan keesokannya. Selamat mencuba!

Artikel Berkaitan