Gaya HidupKesihatanMakan & Minum

Ini Jumlah Telur Yang Sepatutnya Anda Ambil Dalam Seminggu

Telur dijadikan makanan alternatif yang paling cepat sekali untuk menjadi sebagai alas perut. Tetapi, dengan kebanyakan hidangan yang anda makan itu mungkin kesemuanya mengandungi sebanyak 80% telur. Sihat ke tidak sebenarnya kalau makan banyak sangat telur?

eggs1

Rupanya, ianya tetap selamat sekiranya anda mahu makan satu dozen telur setiap minggu.

Menurut Keri Gans, R.D., pengarang The Small Change Diet, “ianya tidak akan menjadi satu masalah untuk anda makan dua biji telur dalam masa satu hari sekalipun.”

Walau bagaimanapun, ada satu syarat utama dalam hal ini:

“Anda perlu terlebih dahulu melihat jumlah keseluruhan diet anda untuk melihat dari manakah sumber lemak tepu anda,” kata Gans.

“Ia sangat sihat untuk makan dua telur sehari, tetapi jika anda suka makan telur hancur dengan keju, maka ini bermakna yang anda telah menambah lemak tepu dan kalori anda dengan sangat banyak.”

1299_cheese_ham_scrambled_eggs

which-one-is-healthier-egg-white-or-egg-yolk-2

“Terdapat nutrien tertentu dalam kuning telur yang anda tidak akan jumpa jika anda hanya makan putih telur,” kata Gans.

Untuk pengetahuan anda, semua vitamin yang larut lemak boleh ditemui dalam kuning telur, jadi jika anda membuang kuning telur dan hanya makan putihnya, ya, anda berjaya menyingkir lemak yang ada, tetapi anda juga telah menyingkirkan kebanyakan nutrisi yang bernilai, dan ini sememangnya tidak bagus jika anda mahukan hidangan yang cepat tetapi sihat .

Kesimpulannya, jumlah telur yang tepat adalah bergantung kepada diet anda yang lain.

Satu biji telur yang besar mempunyai kira-kira 80 kalori, lima gram lemak, dan enam gram protein.

Jadi, jika anda sudah mendapat banyak protein dan lemak daripada makanan yang lain, dengan memakan lima biji telur dadar bersama keju untuk sarapan pagi setiap hari bukanlah satu idea yang bernas.

Tetapi jika anda tahu yang anda akan sentiasa berada dalam mod on the go dan tidak tahu di mana anda akan dapatkan sumber protein seterusnya, makanlah lagi satu biji telur tambahan sebelum anda keluar.

 

 

 

Sumber: womenshealthmag

Show More

Related Articles

Back to top button