#toodiadotmy :: Semua tentang belia ada di sini! Kami bukan sensasi tapi berinformasi.


2 Cara DIY Untuk Cuci Berus Dan Span Makeup Anda!


 

Jika anda yang seorang penggemar makeup, membersihkan kesemua berus dan span makeup anda adalah satu perkara yang tidak boleh dielakkan. Dengan membersihkan berus dan juga span anda setiap minggu, anda akan mendapat result makeup yang lebih cantik dan flawless. Selain itu, ia juga penting untuk dilakukan demi kesihatan kulit muka anda.

Masalahnya sekarang, harga kebanyakan pembersih berus dan span makeup yang dijual adalah sangat tinggi! Tapi jangan risau kerana anda tidak perlu keluarkan duit sebanyak itu sekadar untuk membeli pencuci semata-mata.

Kami ada 2 cara yang lebih murah dan juga mudah untuk anda cuba dan bahan-bahannya mungkin terdiri daripada bahan yang terdapat di rumah anda sendiri! Jadi, tak perlu keluar duit langsung!

Cara Pertama: Sabun Buku

img_0438

Cara ini cukup sesuai untuk kedua-kedua berus dan juga span! Sabun buku ini boleh menyingkirkan kesemua lebihan makeup yang terkumpul dalam berus dan juga span anda. Anda hanya perlu gosokkan peralatan makeup anda pada sabun itu hingga tiada lagi lebihan makeup yang tinggal.

Ikut langkah-langkah di bawah untuk cuba:

img_0425

img_0422

img_0420

Cara Kedua: Span Dapur & Gel Mandian

img_0440

Tuangkan sedikit gel mandian pada span dapur, dan gosok berus makeup anda dengan lembut supaya tidak merosakkan bulu pada berus itu. Cara ini amat sesuai untuk menyingkirkan kotoran dan juga bakteria yang berpotensi untuk membiak dalam berus anda.

Ikut langkah-langkah di bawah untuk cuba:

img_0417

img_0415

Mudah bukan kedua-dua cara ini? Hanya ingat untuk melakukannya dengan sangat lembut supaya anda tidak merosakkan apa-apa pada berus makeup anda yang mahal itu.  Lepas itu, untuk keringkan berus dan span anda, kalau boleh jangan perah air dalam berus itu dengan kasar, sebaliknya gunakan apa-apa yang mempunyai permukaan yang rata (contohnya fail atau buku) dan juga getah seperti yang di bawah, dan gantung kesemua peralatan makeup anda ke bawah dan Siap! Selamat mencuba!

img_0400

 

Artikel Berkaitan