#toodiadotmy :: Semua tentang belia ada di sini! Kami bukan sensasi tapi berinformasi.


Luar Negara Minggu Ini #6


 

1. PBB Gesa Agar Penduduk Rohingya Diberi Hak Kewarganegaraan

pbb.transformed_15

Mesyuarat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) – Sumber: www.bharian.com.my

Sejak dilantik penerima anugerah Nobel, Aung San Suu Kyi dilantik menjadi Kaunselor Negara Myanmar dan juga Menteri Luar, beliau menerima kritikan hangat daripada kumpulan hak asasi antarabangsa kerana gagal mengendalikan isu nasib penduduk Rohingya.

Menurut Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon, penduduk Islam Rohingya yang menetap di Myanmar sejak beberapa generasi lalu perlu diberi status undang-undang dan kewarganegaraan yang sama seperti orang lain.

Selama empat tahun, beribu-ribu umat Islam Rohingya telah menjalani kehidupan di kem-kem di Rakhine  kerana melarikan diri daripada kegiatan keganasan kumpulan majoriti ekstremis Buddha.

Ban juga menggesa agar kepimpinan baharu Myanmar memberi penghormatan penuh terhadap hak asasi manusia serta menghapuskan diskriminasi dan memastikan kesaksamaan untuk semua.

 

2. Presiden Brazil Dipecat

epa05517419 Former Brazilian President, Dilma Rousseff (C) delivers a statement to the press at Alborada Palace, Brasilia, Brazil, 31 August 2016. Brazil's Senate on 31 August 2016 voted to impeach Dilma Rousseff after finding her guilty of manipulating the state budget. Interim President Michel Temer will complete her mandate, which ends on 01 January 2019. EPA/FERNANDO BIZERRA JR

Dilma Roussef, bekas presiden Brazil yang dipecat – Sumber: www.sinarharian.com.my

Dilma Rousseff, 68 telah dilucutkan jawatan sebagai presiden Brazil melalui satu proses undian pada hari Rabu.

Pemecatan itu dilakukan  berikutan dakwaan bahawa Roussef telah cuba menyorok defisit dalam bajet awam Brazil dengan memanipulasi ketiadakaturan fiskal seperti melambatkan pembayaran balik hutang negara.

Seramai 61 daripada 81 orang senator telah bersetuju untuk memberhentikan beliau daripada terus memimpin negara itu.

Kini, jawatan itu disandang oleh pencabarnya, Michel Timer yang berikrar untuk membawa ekonomi terbesar di Amerika Latin itu pada jalan yang sebenar.

Pelantikan Timer dan majlis angkat sumpah sebagai presiden baharu Brazil berlangsung dengan segera, iaitu 3 jam selepas Roussef dipecat.

 

3. Polis Indonesia Tangkap Pedofilia ‘Online’

61445531780_ChildAbuse

Gambar sekadar hiasan – Sumber: www.astroawani.com

Pada hari Khamis, Polis Indonesia berjaya menangkap tiga suspek yang terlibat dalam sindiket pedofilia atas talian.

Kira-kira 100 orang telah menjadi mangsa kumpulan itu, di mana kebanyakannya adalah dari kalangan remaja lelaki dan kanak-kanak.

Ketiga-tiga orang suspek yang ditahan itu dikatakan menawarkan ‘perkhidmatan’ seksual kanak-kanak dan remaja lelaki menggunakan laman media sosial.

Pasukan penyiasat mendapati bahawa seramai 99 orang budak lelaki yang menjadi mangsa ‘dagangan’ dalam talian sindiket itu ditawar dengan harga antara 1.2 juta Rupiah (RM 370) hingga 10 juta Rupiah (RM 3,075)

 

4. Kerana Bermain Pokemon Go Keterlaluan, Wanita Hamil Buta Sementara 

maxresdefault

Aplikasi Pokemon Go – Sumber: www.youtube.com

Seorang wanita warga Taiwan yang sedang mengandung mengalami buta sementera kerana terlalu asyik bermain aplikasi Pokemon Go buat tempoh yang lama.

Wanita tersebut dikatakan telah mula ‘tersangkut’ dalam dunia memburu Pokemon sejak aplikasi itu diperkenalkan di Taiwan buat pertama kali lagi pada awal bulan Ogos.

Selepas menerima rawatan dan dibenarkan untuk pulang ke rumah, wanita tersebut diberi ubat mata yang khas yang tidak akan menjejaskan kandungannya.

Seorang doktor mata di sana juga menyatakan bahawa pesakit mata yang datang ke kliniknya meningkat sebanyak 20% sejak permainan Pokemon Go menjadi satu fenomena.

 

5. Dua Beradik Wanita Pakistan Terbang Boeing 777 Bersama-sama

Maryam_Masood.transformed

Pasangan beradik juruterbang PIA – Sumber: www.sinarharian.com.my

Pasangan beradik juruterbang perempuan, Maryam Masood dan Erum Masood dari Pakistan mencipta sejarah baharu apabila mereka dipilih untuk bersama-sama menerbangkan pesawat Boeing 777 untuk syarikat penerbangan Pakistan International Airlines (PIA).

Menurut jurucakap syarikat itu, Danyal Gilani, kedua-dua beradik itu sebelum ini membawa pesawat berbeza namun akhirnya dipillih untuk berada dalam penerbangan sama.

Mereka kini bersama-sama menerbangkan pesawat dari Lahore ke Karachi, Manchester, New York dan London.

“Pasangan adik beradik juruterbang melakar sejarah untuk PIA kerana menerbangkan pesawat Boeing 777,” kata Gilani dalam tweet.

 

 

 

 

 

Sumber: Sinar Harian, Berita Harian, Astro Awani

 

Artikel Berkaitan