#toodiadotmy :: Semua tentang belia ada di sini! Kami bukan sensasi tapi berinformasi.


Ini Rupanya Sebab Kenapa Ada Lubang Pada Penutup Pen Ni


 

Kita guna pen hari-hari tetapi mungkin ada beberapa perkara yang kita sering terlepas pandang. Salah satu perkara yang biasanya adalah lubang-lubang yang ada pada akhir penutup pen itu. Tak kiralah pen jenis apa pun yang anda gunakan itu, kebanyakannya mempunyai lubang pada penghujung penutupnya macam ni. Pernah tak anda terfikir apakah sebab sebenarnya ia dicipta?

pens-770x330

Satu spekulasi biasa di sebalik “fenomena” yang cukup misteri ini adalah mungkin syarikat pen ini sengaja melakukan ini untuk membuatkan dakwat cepat habis dan ini memaksa kita untuk membeli pen lebih kerap. Ada juga yang mengatakan ia dicipta untuk membuatkan dakwat kering dengan lebih cepat.

04-hidden-meanings-pen-cap

Satu lagi teori mendakwa bahawa lubang pada penutup ini sebenarnya bagi membantu menyamakan tekanan apabila seseorang membuka dan menutupnya. Walaupun lubang memang boleh menyamakan tekanan untuk membuat ia lebih mudah untuk dibuka dan ditutup, banyak pen yang mempunyai lubang di sisi penutupnya yang akhirnya menimbulkan masalah tekanan berlebihan.

Jadi, apakah sebab sebenar? Untuk pengetahuan anda lubang pada penutup pen sebenarnya untuk mengelakkan daripada tercekik sekiranya ia ditelan.

670px-Do-First-Aid-on-a-Choking-Baby-Step-17-Version-2

Memandangkan bahawa penutup pen adalah salah satu daripada objek yang paling mudah untuk ditelan oleh kanak-kanak yang akhirnya menyebabkan mereka tercekik dan terbukti boleh membawa maut. Lubang itu dibuat untuk membenarkan laluan udara dalam kes peristiwa yang dahsyat seperti ini mungkin berlaku.

Sumber: scoopwhoop.com

Artikel Berkaitan