#toodiadotmy :: Semua tentang belia ada di sini! Kami bukan sensasi tapi berinformasi.


Ini Adalah 6 Perkara Yang Anda Tidak Patut Lakukan Sebelum Tidur


 

Tidak kira sekuat mana pun anda rasa diri anda itu, anda tidak boleh lari daripada hakikat bahawa semua orang memerlukan tidur dalam hidupnya. Tidur yang nyenyak adalah antara sumber utama kepada semua tenaga yang anda perolehi untuk teruskan hari anda.

Untuk pengetahuan, menurut satu kajian, mereka yang tidur selama 6 ½ jam hari-hari akan hidup lebih lama. Kekurangan tidur yang berkualiti boleh meningkatkan risiko penyakit jantung dan kanser, penambahan berat badan, dan juga meningkatkan risiko kematian.

Oleh itu, untuk dapatkan tidur yang benar-benar berkualiti itu ada enam perkara yang anda perlu elak daripada lakukan sebelum tidur:

  1. Bersenam

 yoga_625x350_81430391247

Senaman yang dimaksudkan adalah yoga dan latihan pernafasan. Anda tidak sepatutnya melakukan senaman ini sekurang-kurangnya dua jam sebelum anda tidur.

  1. Minum kafein

Portrait of young girl drinking coffee in cafe

Jangan minum kafein selepas pukul 2 petang atau sekurang-kurangnya lapan jam sebelum anda tidur. Walaupun anda minum kafein 6 jam sebelum tidur boleh menyebabkan berkurangnya tidur yang berkualiti dan juga kuantiti tidur itu sendiri.

  1. Duduk dalam kawasan cahaya yang terang

maxresdefault

Untuk sekurang-kurangnya setengah jam sebelum tidur, cuba untuk tidak duduk di kawasan lampu yang terang. Ini termasuk telefon, iPod, dan juga televisyen. Ini kerana, walaupun lima minit cahaya putih dari itu akan menyekat tahap melatonin sebanyak lebih daripada 50 peratus.

  1. Menonton filem ganas

120806114222-girl-child-watching-tv-night-story-top

Menonton filem-filem atau rancangan yang ganas mungkin akan membuatkan anda lebih sukar untuk tidur dan menyebabkan anda berjaga dengan lebih lama.

  1. Memaksa diri untuk tidak tidur

maxresdefaultd

Jika anda tidak pergi untuk tidur pada pukul 10:45-11:00 malam dan memilih untuk kekal berjaga, akan membuat anda kekal berjaga sehingga pukul 2:00 pagi.

  1. Terlampau tertekan

stressed-arab-man-2

Antara sebab mengapa anda tidak boleh tidur lena adalah kerana anda tidak tahu bagaimana untuk membersihkan fikiran anda dan untuk berhenti risau.

Sumber: womanshealthmag.com

Artikel Berkaitan