#toodiadotmy :: Semua tentang belia ada di sini! Kami bukan sensasi tapi berinformasi.


Anda Penghidap HIV & Mahukan Anak? Ini Apa Yang Anda Perlu Bertimbangkan


 

Mungkin bagi mereka yang menghidap HIV ataupun mempunyai pasangan yang menghidap penyakit ini berpendapat bahawa mereka tidak akan dapat menimang seorang cahaya mata sepanjang hidup mereka.

Walau bagaimanapun, sebelum anda terus putus asa dalam hal ini, ianya lebih baik untuk anda bertenang dan baca artikel ini sampai habis dulu kerana ia mungkin kunci kepada jalan penyelesaian masalah anda ini.

Seperti mana yang kita tahu, HIV mudah dijangkiti kepada sesiapa sahaja melalui perpindahan atau percampuran cairan badan manusia. Virus ini dengan mudah akan dipindahkan kepada bayi melalui laluan uri (placenta) dan tali pusat ketika proses kehamilan, ataupun dipindahkan semasa proses penyusuan dengan susu ibu.

Jika anda ataupun pasangan anda mahu mempunyai anak bersama, jangan sesekali rasa takut, apa yang anda perlu buat dalam hal ini adalah:

  1. Menjalani sesi kaunseling dan perbincangan dengan pakar-pakar perubatan dan perbidanan.
  2. Mengambil makanan tambahan asid folik 400 microgram harian untuk 3 bulan sebelum bercadang untuk hamil. Jika anda sedang mengambi antibiotik co-trimoxazole, anda perlu mengambil dos yang lebih tinggi iaitu 5 mg harian.

 

Apakah yang perlu saya lakukan untuk mengurangkan risiko perpindahan HIV kepada bayi saya?

baby

  • Memulakan rawatan untuk HIV dengan ubatan anti-retroviral yang dinamakan sebagai Highly active anti-retroviral therapy (HAART) – (selamat untuk diambil ketika hamil dan tidak merbahayakan bayi)
  • Memilih susu ibu yang tidak menghidap HIV, ataupun menyusukan bayi sepenuhnya dengan susu gantian (formula feeding)
  • Bersalin secara pembedahan cesarean sekiranya mendapat persetujuan atau dicadangkan oleh pakar perbidanan dan pakar perubatan.

Satu perkara yang anda tidak perlu bimbang sekiranya mengandung ketika menghidap HIV adalah, anda akan diberikan penjagaan rapi yang memerlukan rawatan susulan daripada beberapa pakar seperti Pakar dalam HIV dan penyakit berjangkit (Infectious Disease Physician), Pakar Perbidanan dan Sakit Puan (Obstetricians & Gynaecologists), dan juga Pakar Kanak-Kanak (Paediatrician)

Di samping itu, sepanjang tempoh kehamilan anda, anda dan bayi ada akan dipantau sentiasa dari semasa ke semasa. Ini juga termasuk untuk mendapatkan  immunisasi melawan jangkitan batuk kokol (Pertussis).

Anda akan menjalani beberapa skop pemeriksaan lain seperti imbasan ultrabunyi (antenatal ultrasound scan), ujian saringan untuk mengetahui jangkitan pada vagina (Vaginal swab), paras virus di dalam badan (Viral load) dan antibodi kepada HIV (CD4), dan juga paras ubat di dalam darah (sekiranya anda sedang di dalam rawatan untuk HIV).

Apakah cara terbaik untuk melahirkan bayi saya?

8c2868744fd595dac73e110f47d1e2b3.jpg?itok=myOG_a0h

  • Secara normal, dengan syarat anda masih dalam rawatan HAART dan mempunyai paras virus dalam darah kurang daripada 50 dan paras antibodi CD4 melebihi 350.
  • Secara cesarean, jika anda dalam rawataan HAART dan paras virus dalam darah dalam lingkungan 50 hingga 399 (ini juga bergantung pada corak paras virus dalam darah, jangka masa rawatan HAART dan mengambil peduli pilihan anda sendiri)

 

Adakah bayi saya akan diberikan rawatan selepas bersalin?

babyHIV

Rawatan anti-retroviral akan diberikan kepada bayi anda dalam masa 4 jam selepas kelahiran dan akan berlanjutan sehingga dia berusia 4 hingga 6 minggu.

Ujian untuk menentukan sama ada dia menghidap HIV pada hari kedua kelahiran, semasa keluar dari hospital, pada usia 6 minggu, dan pada usia 12 minggu. Dan jika anda tidak menyusukan anak anda dengan susu ibu selama tempoh itu, dan semua ujian adalah negatif, doktor boleh mengatakan bahawa bayi anda bebas daripada jangkitan HIV. Namun begitu, bayi anda masih perlu menjalani ujian selanjutnya setelah berusia 18 bulan.

Kesimpulannya, janganlah sesekali putus harapan dalam kehidupan, kerana setiap kejatuhan ada cara untuk atasinya.

Sumber: mmgazatte.com

Artikel Berkaitan