#toodiadotmy :: Semua tentang belia ada di sini! Kami bukan sensasi tapi berinformasi.


Makan Ikut ‘Mood’ Macam Ibu Mengandung?


 

Oleh DietRez

Kadang-kadang kita teringin sangat nak makan makanan yang tinggi kanji tanpa sebab. Nak cakap lapar, tak lah lapar tapi rasa macam mengidam pula walaupun tak hamil. Ini mungkin kerana otak kita kekurangan glukosa. Tetapi mungkin juga ia petanda yang kita kekurangan beberapa nutrient dalam badan.

  1. Karbohidrat atau glukosa

Ia adalah sumber tenaga utama dalam pemakanan. Dari karbohidrat, ia akan menghasilkan glukosa yang akan di tukarkan kepada tenaga. Otak kita boleh berfungsi dengan cekap jika cukup sumber glukosa untuk penghasilan tenaga.

Oleh sebab itu, jika kita sedang murung atau ‘low mood’, kita akan lebih cenderung untuk memilih makanan tinggi karbohidrat. Perasaan atau ‘mood’ kita adakalanya dipengaruhi dengan apa yang kita makan. Istilah ‘comfort eating’ sangat sinonim dengan pengambilan karbohidrat yang berlebihan atau makanan yang tinggi lemak.

105148

  1. Zat besi

Jika anda selalu rasa penat, lesu dan kelihatan pucat, silalah berjumpa doktor untuk memastikan anda tidak mengalami anemia kekurangan zat besi (iron deficiency anaemia). Ferous atau ‘iron’ atau zat besi penting dalam pengahasilan sel darah merah. Sel darah pula berfungsi sebagai pembawa oksigen ke seluruh badan anda.

Pastikan pengambilan makanan seperti daging, ayam dan ikan di setiap hidangan kerana ia adalah sumber zat besi terbaik. Bagi pengamal ‘vegetarian diet’, anda disarankan berjumpa doktor untuk mengenalpasti jika anda mengalami anemia kerana diet anda rendah kandungan zat besi.

572d3e3c_1240fd8f_13083323_618020331708544_455745664025599820_n

  1. Vitamin B & Folat

Rasa penat juga mungkin disebabkan kekurangan beberapa jenis vitamin B dalam diet anda. Kekurangan vitamin thiamine B1, niacin B3 dan cobalamin B12 boleh menyebabkan emosi atau ‘depression’. Kekurangan vitamin B12 boleh menyebabkan kekurangan darah yang juga dikenali sebagai ‘pernicious anaemia’. Makanan yang tinggi bijirin seperti roti ‘wholemeal’ atau sumber protein haiwan seperti daging, ayam, susu dan telur adalah sumber vitamin B yang terbaik.

Folate juga sejenis vitamin B yang penting dalam mengatasi depresi atau ‘low mood’. Folat penting terutamanya bagi golongan tua dan mereka yang hamil. Makanan yang kaya folate ialah hati ayam, sayur-sayuran hijau, buah limau dan kekacang.

55f3ca0394b2c4622ab7e3a4032eb2fc

  1. Selenium

Mineral ini penting kerana kekurangan selenium boleh membuatkan anda murung. Kacang brazil, kuaci, daging, ikan dan roti ‘wholemeal’ atau tinggi bijirin kaya dengan mineral seperti selenium.

SeleniumFoods

*DietRez merupakan seorang pakar diet (dietitian) dengan lebih daripada 10 tahun pengalaman dalam bidang kencing manis dan buah pinggang di UK. Beliau seorang pakar pemakanan bertauliah berkelulusan dari Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 2000 dan menjadi pakar diet berkelayakan dengan Ijazah Sarjana Pemakanan dan Dietetik dari Flinders University of South Australia, Adelaide pada tahun 2002. Mula berkhidmat sebagai seorang pakar diet di Hospital Pakar Ampang Puteri selama setahun sebelum menerima jawatan di England. Beliau kini bekerja untuk Hospital Universiti North Middlesex sebagai Pakar Dietetik Kencing Manis dan didaftarkan di bawah Healthcare Professional Council UK dan British Dietetics Association. Beliau juga merupakan seorang ahli aktif Renal Nutrition Group, Diabetes UK, London Diabetes Dietitian Network dan London Eating Disorder Group

Artikel Berkaitan