#toodiadotmy :: Semua tentang belia ada di sini! Kami bukan sensasi tapi berinformasi.


Bermain Mario Kart Boleh Buat Anda Jadi Pemandu Yang Baik!


 

Menurut satu kajian yang diterbitkan dalam jurnal Sains Psikologi bulan ini, mereka telah mendapati bahawa terdapat beberapa permainan video yang mampu meningkatkan kemahiran motor visual mereka yang bermainnya — dan Mario Kart adalah antaranya! Dan ini bermakna, dengan bermain permainan lumba kereta ini mungkin mampu meningkatkan kemahiran memandu anda.

MarioKartWii_NS_img4_lg._V346310437_

mkwheel
Kajian yang berlangsung di New York University Shanghai dan Universiti Hong Kong ini, telah melibatkan 80 orang pelajar dan ahli fakulti untuk mengambil bahagian dalam satu siri eksperimen, yang meminta mereka yang tidak pernah mempunyai pengalaman dalam permainan video untuk bermain permainan Mario Kart untuk 10 sesi selama satu jam. Dan keputusannya adalah amat menakjubkan!

landscape-1468953649-gettyimages-527325758

Para penyelidik mendapati bahawa kemahiran kawalan visuomotor peserta telah meningkat dengan ketara setelah bermain permainan video itu, berbanding dengan mereka yang bermain permainan yang tidak melibatkan apa-apa aksi. Dan nampaknya, ia tidak kira jika pemain itu mempunyai pengalaman silam di jalan raya atau tidak.

“Kami mendapati bahawa peningkatan yang diperhatikan dalam peserta yang mempunyai lesen memandu adalah sama dengan mereka yang tidak ada lesen meamndu,” kata Li Li, penulis utama mereka, kepada The Huffington Post.

Tetapi jika anda sudah menganggap diri anda seorang pemandu yang berpengalaman, anda mungkin mahu main permainan “first-person shooter” sebaliknya, kerana menurut kajian, mereka mendapati dengan memain permainan seperti itu, boleh membuat mereka jadi pemandu yang lebih berhati-hati. Ini kerana, apabila anda main permainan video, dalam usaha anda untuk menang, anda perlu sentiasa membuat ramalan yang tepat.

Sumber: http://www.goodhousekeeping.com/

Artikel Berkaitan