AntarabangsaHiburan

Suicide Squad: Filem ‘Bunuh-Diri’ Zach Snyder?

Siapa yang dah menonton Suicide Squad (SS)? Kemudian, siapa yang cuba bandingkan SS dengan Batman VS Superman Dawn of Justice?

Lepas tu siapa pula cuba bandingkan SS dengan mana-mana filem Avengers? Bagi admin, sukar untuk dibandingkan kerana SS dan filem superhero lain memang lain (mungkin ada sedikit persamaan dengan Deadpool).

Suicide Squad merupakan antara judul yang popular dikalangan peminat komik DC. Pengadaptasian filem ini ke layar perak di katakan agak berbeza dengan versi komik. Well, admin tidak pernah membacanya komiknya, tetapi filemnya menarik untuk ditonton.

suicide-squad-cast
dari kiri: Captain Boomerang, Harley Quinn, Deadshot, Katana, Rick Flag, Killer Croc dan El Diablo

Plot filem ini mengisahkan penjenayah-penjenayah ‘hebat’ termasuklah Deadshot (Will Smith), Harley Quinn (Margot Robbie), El Diablo (Jay Hernandez) dan bebeberapa penjenayah lagi dikumpulkan untuk melakukan kerja bagi pihak kerajaan Amerika.

Namun, apa yang mereka tahu, tugas mereka hanyalah untuk kepentingan negara dan sekali gus beranggapan mereka hanyalah ‘kambing hitam’. Ketegangan makin terasa apabila misi mereka bukanlah bertujuan menyelamatkan dunia, tetapi lebih kepada kepentingan individu tertentu.

SUICIDE SQUAD

Berbalik kepada filem ini, ramai mengatakan filem Zach Snyder ini lebih teruk daripada filem Batman Vs Superman apatah lagi mana-mana filem Marvel.

Tetapi ia mungkin tanggapan beberapa pihak kerana bagi admin, ianya suatu filem yang hebat; penuh dengan karekter yang menarik dan aksi yang ‘best’.

Benar, jalan ceritanya mungkin agak ‘cliche’ dan biasa saja, tetapi setiap watak utama dalam SS memainkan peranan dan karekter mereka dengan baik.

Ianya bukanlah sekadar watak 5-10 minit yang muncul dan membuat penampilan yang membosankan. Pada admin, watak-watak inilah yang menyatukan filem ini kerana plot ceritanya agak longgar dan tiada tujuan di awal 30-40 minit pertama filem.

joker-suicide-squad
Kemunculan watak Joker hanyalah sebagai individu penting dalam kisah Harley Quinn

 

Bagi yang belum menonton, bolehlah tonton sendiri SS dimana ianya mungkin agak berbeza dengan cerita ‘superhero’ lain kerana pertamanya, mereka bukanlah hero; mereka adalah penjenayah.

Rating Toodia: 3.5/5 Bintang

Show More

Related Articles

Back to top button