#toodiadotmy :: Semua tentang belia ada di sini! Kami bukan sensasi tapi berinformasi.


Fakta Atau Mitos: 5 Perkara Tentang Keselamatan Berenang Yang Anda Tidak Tahu


 

Ramai yang mempunyai pendapat mereka sendiri terhadap isu keselamatan berenang. Kebanyakannya boleh jadi satu fakta atau pun mitos semata-mata. Jadi, mari kita lihat 5 fakta dan juga mitos mengenai isu ini:

   

  1. Kanak-kanak mempunyai risiko yang paling tinggi untuk lemas

 

54ff5ad048cfe-mother-and-son-swimming-lgn

Fakta: Menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) , kanak-kanak berumur satu hingga empat mempunyai kadar lemas yang tertinggi. Apa yang lebih membimbangkan adalah hampir satu dalam tiga kematian adalah akibat kecederaan yang tidak sengaja yang datang daripada lemas.

Bagi setiap kes mati lemas dalam sekitar umur 14 dan ke bawah, terdapat empat kes yang telah di bawa ke bilik kecemasan disebabkan hampir lemas, yang kemudian boleh mengakibatkan kepada kecederaan sepanjang hayat, termasuk kerosakan otak yang kekal.

Apa yang boleh anda lakukan:

  • Jika anak kecil berenang, orang dewasa yang tahu bagaimana untuk melakukan CPR kanak-kanak perlu menyelia sepanjang masa.
  • Jika rumah anda mempunyai kolam renang, ia perlu dipagar untuk mengurangkan risiko lemas semasa berenang tanpa pengawasan.
  • Selepas mereka berenang, bersihkan kawasan kolam itu daripada mainan untuk mengelakkan kanak-kanak tersebut kembali ke kolam renang tanpa pengawasan.

2. Kanak-kanak lelaki dan perempuan mempunyai risiko yang sama untuk lemas

54ff5ad0a04aa-boy-jumping-in-pool-cwjwqs-lgn

Mitos: Empat daripada lima mangsa lemas adalah kanak-kanak lelaki atau lelaki dewasa, mengikut statistik lemas CDC. Penyelidikan telah menunjukkan bahawa kanak-kanak lelaki dan lelaki dewasa lebih cenderung untuk terlalu yakin dalam kebolehan berenang mereka, dan golongan belia adalah antara yang mungkin terlebih yakin daripada orang dewasa yang lebih tua.

Apa yang boleh anda lakukan:

  • Daftarkan anak-anak anda dalam belajar berenang pada usia yang awal. Risiko lemas akan menurun sebanyak hampir 90% apabila kanak-kanak berusia satu hingga empat tahun mengambil bahagian dalam pelajaran berenang yang formal.
  • Sedar bahawa pengawasan orang dewasa terhadap perenang muda masih penting walaupun mereka telah pergi ke kelas berenang yang baik.
  1. Kebanyakan kes lemas orang dewasa berlaku di luar kawasan rumah

54ff5ad0d6227-teens-jumping-in-pool-s2

Fakta: Bagi remaja yang lebih tua dan orang dewasa, umur 15 tahun ke atas, kebanyakan kes lemas banyak berlaku di persekitaran semula jadi seperti tasik, sungai dan lautan.

Apa yang boleh anda lakukan: 

  • Ambil tahu tentang keadaan cuaca dan amaran tempatan. Elakkan keadaan berbahaya seperti ribut petir atau arus deras.
  • Jangan berenang sorang-sorang dan sentiasa pastikan anda di bawah pengawasan orang lain.
  1. Sentiasa memakai jaket keselamatan walaupun sekejap

 

54ff5ad129805-life-jackets-s2

Fakta: Sentiasa ingat bahawa jaket keselamatan mampu menyelamatkan nyawa. Selepas kemalangan bot, 90% daripada orang-orang yang lemas adalah mereka yang tidak memakai jaket keselamatan, menurut CDC.

Apa yang boleh anda lakukan:

  • Sentiasa memakainya tidak kira seberapa singkat sekalipun anda akan luangkan di dalam air.
  1. Bahan kimia dalam kolam renang boleh jadi berbahaya

 

54ff5ad1d80f2-clean-pool-s2

Fakta: Pusat Kawalan Racun menerima sebanyak 10,000 laporan terhadap pendedahan kepada klorin dalam bahan kimia kolam setiap tahun, dengan dua daripada setiap lima kes itu melibatkan kanak-kanak bawah usia enam tahun, menurut CDC. Satu lagi 4,000 kes dilaporkan terhadap masalah pernafasan dan kerengsaan mata, biasanya disebabkan bahan kimia kolam.

Apa yang boleh anda lakukan:

  • Simpan bahan kimia kolam secara berasingan, di tempat yang kering dan jauh daripada haba atau cahaya matahari.
  • Jangan sekali-kali mencampurkan bahan kimia. Terutama dengan produk berasaskan klorin, apa-apa campuran dengan asid yang boleh melepaskan gas klorin maut.
  • Pertimbangkan kolam renang semulajadi, yang menguruskan pembasmian kuman tanpa menggunakan bahan kimia.

Sumber: Goodhouseskeeping.com

Artikel Berkaitan